...Sesekali menangis, percayalah . bukan Allah tidak tahu betapa hancur dan luluhnya hati kita menanggung kecewa dan keperitan, tetapi Dia mahu kita rapat padaNya, lantaran hati-hati sebeginilah yang lebih lunak untuk diujinya ~ Jangan Bersedih,Allah Bersama Kita :') "Dear Allah...Make me strong, please (T__T)"

Wednesday 10 July 2013

Apalah gunanya Berpuasa tapi tidak SOLAT



Syukur sungguh dihati ini tatkala diberi peluang lagi untuk bertemu lagi Ramadhan yang mulia ini...
AllahuRabbi... moga kita semua sebagai hamba Allah yang Maha Pengasih tak putus-putus melakukan kebaikan dan memohon keampunan dariNya...

Marhaban Ya Ramadhan Kareem...
Tertutuplah pintu Neraka lalu dibukakan pintu Syurga
Para Malaikat merendahkan sayap untuk menghitung pahala berganda...
Dibelenggu syaitan durjana..
Jadikan siang hari dipenuhi dengan amal kebajikan dan sedekah
Jadikan malamnya pula dipenuhi dengan ibadah serta tangisan memohon keampunan.

~Begitu bernilainya ramadhan~

-Tak patut disia-siakan bulan ini-

Namun, ada juga manusia yang masih ego, masih sombong pada Allah, menganggap ramadhan tak punya apa-apa makna dalam hidupnya...Astaghfirullah... betapa manusia itu rugi dan sungguh rugi !!!

Itulah mereka yang BERPUASA tapi tak mengerjakan SOLAT.


~PUASA adalah satu kewajipan dan SOLAT juga satu kewajipan~

Tak perlu membuat pilihan untuk melakukan yang mana satu kerana kedua-duanya adalah kewajipan!!




Semestinya perkara fardhu tak boleh sama sekali dipandang remeh. Kelak menyesal dan  terazab di akhirat.

Lihatlah apa yang jumhur ulama' katakan mengenai hal ini:~


Orang yang meninggalkan solat jika ia meninggalkannya kerana mengingkari atau menolak kewajipan tersebut, ia murtad dari agama dengan sepakat (ijmak) para ulamak. Orang yang murtad tidak sah ibadahnya termasuk puasa.

1- Jumhur ulama' berpandangan; ia fasiq, yakni tidaklah menjadi kafir, akan tetapi telah melakukan dosa amat besar.
2-  Adapun jika ia meninggalkan solat kerana malas atau segan (yakni ia masih mengakui kewajipan solat, cuma ia malas melakukannya)
Berdasarkan pandangan jumhur ulama' (yang tidak menghukum kafir orang yang meninggalkan solat itu); puasa orang itu sah jika ia memenuhi rukun-rukun puasa yang ditetapkan dan tidak melakukan sebarang perkara yang membatalkan puasa.
~Maksud sah ialah; dia tidak dituntut lagi mengqadha/mengganti puasanya. Namun perlu dipersoalkan; adakah puasanya itu akan diterima oleh Allah sedangkan ia telah mengabaikan ibadah yang cukup besar dalam Islam iaitu solat? Tidak semua ibadah yang sah diterima oleh Allah. Contohnya, seseorang yang mengerjakan solat dengan riyak; solatnya sah (dari sudut Fiqh) apabila cukup syarat-syarat dan rukun-rukunnya, namun solatnya ditolak oleh Allah kerana riyak tersebut.




No comments:

Post a Comment