...Sesekali menangis, percayalah . bukan Allah tidak tahu betapa hancur dan luluhnya hati kita menanggung kecewa dan keperitan, tetapi Dia mahu kita rapat padaNya, lantaran hati-hati sebeginilah yang lebih lunak untuk diujinya ~ Jangan Bersedih,Allah Bersama Kita :') "Dear Allah...Make me strong, please (T__T)"

Wednesday 10 July 2013

Tenggelamkan aku dalam lautan cintaMu


-DOA RABIATUL AL ADAWIYAH-

"Tuhanku, apa saja yang Engkau hendak kurniakan kepadaku berkenaan dunia, berikanlah kepada musuhku dan apa saja kebaikan yang Engkau hendak kurniakan kepadaku berkenaan akhirat, berikanlah kepada orang-orang yang beriman, kerana aku hanya hendakkan Engkau kerana Engkau. Biarlah aku tidak dapat syurga atau neraka. Aku hendak pandangan Engkau padaku sahaja. Doaku pada-Mu ialah sepanjang hayatku, berilah aku dapat mengingati-Mu dan apabila mati kelak berilah aku dapat memandang-Mu."


"Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu."


"Kekasihku(Allah) tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun,

Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun,

Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun,

Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun." 



"Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu." 



Ya Allah...

Aku ingin mencintaiMu sepenuh jiwaku..

Perkenankanlah Ya Allah

Hanya Kau yang mampu menentukan segala-galanya..




~ Itulah Serikandi Islam...juga merupakan WALI Allah. Subhanallah begitu besar cintaNya pada Sang Pencipta~

Rabiah Al-Adawiyah pernah berkata sekiranya dia membiarkan masa berlalu walau sedetik pun tanpa hatinya mengingati Allah, Dia rela hatinya ditusuk dengan pisau  belati. ALLAHUAKBAR!!

Sungguh...bila kita letakkan cinta Allah no 1 dalam hidup dan dalam segala hal..maka tiada apa yang menghalang rasa cinta padaNya...tiada apa yang dapat mengurangkan kecintaan pada Ilahi.

Kita sering melakukan sesuatu kerana ingin dapatkan ganjaran. Adakah kita benar-benar mencintai Allah sedangkan hidup seharian kita asyik bergelumang dengan dosa tanpa taubat? Lalu dimanakah Allah dihati kita?
Lakukanlah sesuatu amalan dengan seikhlas yang boleh. Sememangnya ganjaran pahala dan Syurga itu desediakan untuk orang-orang beriman. Tapi pahala dan Syurga itukan merupakan 'makhluk' Tuhan?
Jadi.. kita beribadah untuk mendapatkan 'makhluk' atau ingin mendapatkan Pencipta Makhluk?

AllahuRabbi...Allah telah beri pelbagai kesenangan dan kenikmatan pada kita. Apa lagi yang Allah tak berikan? Dia berikan pada kita tubuh badan yang sihat, Dia berikan kita makan makanan yang lazat-lazat, Dia berikan kita keluarga, Dia berikan kita harta yang banyak, Dia berikan segala sesuatu yang terbaik untuk  kita. Namun terkadang kita langsung tidak menyedarinya.

Jadi...apa alasan kita untuk tidak beribadah dengan ikhlas? Sungguh Allah Maha Hebat!! Dia memiliki berjuta-juta galaksi, Dia pemilik Kerajaan Dunia dan Akhirat. Kita pula? Apa yang kita miliki hanyalah pinjaman yang sementara dari Allah. itupun  kita masih sombong dan riya' dengan apa yang kita miliki...Allahu Allah..Mari kita sama-sama rebut pandangan Allah ya...Moga Allah sudi pandang kita



No comments:

Post a Comment