...Sesekali menangis, percayalah . bukan Allah tidak tahu betapa hancur dan luluhnya hati kita menanggung kecewa dan keperitan, tetapi Dia mahu kita rapat padaNya, lantaran hati-hati sebeginilah yang lebih lunak untuk diujinya ~ Jangan Bersedih,Allah Bersama Kita :') "Dear Allah...Make me strong, please (T__T)"

Tuesday 6 January 2015

DUGAAN INI MEMATANGKAN DIRI



Hari demi Hari...
Langkah demi langkah...
Terasa hidup makin sepi :(

 Ilahi Rabbi :'(

Mungkin...
Lantaran dosa sepanjang usia. 
Yang perlukan banyak penyucian jiwa.
Barangkali di setiap ujian ini..
Allah yang Maha Tahu nak mengajar erti meningkatkan diri.

Apabila Allah Taala menarik cinta manusia.. walau keluarga sendiri..
Barulah tersedar kembali betapa agungnya cinta Allah.
Kasihnya Tuhan terlalu istimewa. Cuma diri tak pandai menilai. Banyak lalai.

Astaghfirullahal 'Azim

Ya Allah..
Aku selalu bertanya padaMu..
Tak layakkah aku merasa 'kebahagiaan' di dunia
Tapi kini aku telah temui jawapannya.

Sesaat nikmat di Syurga dapat memadamkan Segala1001  kesukaran di dunia 
Dan sesaat azab di Neraka bisa memadamkan segala 1001 nikmat di dunia.
Masya Allah. Subhanallah.

Sesukar mana pun hidup ini ya Allah.
Jangan biarkan aku lalai dengan dunia fana.
Jangan biarkan aku bersangka buruk padaMu.
Bimbinglah aku.
Kuatkanlah ya Allah. 
Aku yakin suatu hari DiriMu pasti akan 'membahagiakan' aku. insyaAllah.

Biar dibuang keluarga. Asal tidak dibuang ke Neraka.
Na'uzubillah.


Sungguh manusia itu sedang terlena
Hanya akan sedar bila masa telah berakhir. Baru terjaga. Ketikamana diri tak boleh patah balik ke dunia.
Sungguh luar biasa dan mengagumkan aturan Tuhan.
Segala apa yang terjadi di hari mendepan ada dalam genggamanNya.
Telah ditetapkan. 

Wahai diri yang lemah.
Lihatlah ke hadapan. Jangan lihat apa yang ada di belakangmu. Teruskan melangkah. Teruskan perjuangan.
Biar mereka membenci. Biar mereka memusuhi. Biarkan mereka menghina Jangan berdendam. Maafkan sahaja. 
Hidup ini adalah perjuangan yang tak kan henti kecuali setelah kembali menghadap Tuhan.

Monday 8 December 2014

Subhanallah...sangat touching




Syukur pada Allah. Selamat hari lahir wahai isteriku yang kukasihi kerana Allah..

Setiap hari bertambah cinta padamu kerana Allah. Bukan senang seorang wanita menjaga auratnya kerana Allah. Korban dan kesusahanmu dalam berusaha menjaga perintah Allah...

Tanpa disuruh kerana Allah, sanggup dirimu memberi seluruh masa menjaga dan mendidik anak-anak dengan izin Allah. Menjadi guru 24 jam kepada anak-anak.


Di kala wanita hari ini diuji dengan pelbagai cabaran dunia. Sayangku, kau harungi dan korbankan semuanya untuk Islam, kerana Allah. Dan diriku yang tidak beri yang sepatutnya.


Terus terang abang tak mampu untuk terus berjuang ini jika Allah tidak kurniakan isteri sebaikmu. Syukur pada Allah.


Jiwa abang terasa sangat serasi dengan dirimu. Sentiasa memahami perjuangan agama ini.


Ya Allah...setiap kali abang nak keluar di jalan Allah dan bermusafir jauh dan lama. Kau sentiasa menunjukkan wajah manis dan memberi kata-kata semangat walaupun kau menahan air mata. Sembunyikannya dari suamimu kerana Allah..

Kerana setitik air matamu membuatkan abang tak bermaya untuk berdakwah..


Doa dan amalan yang dibuat ketika abang berdakwah...


Terima kasih sudi belajar doa dan pelbagai amalan untuk diajar pada anak-anak.


3 kali sakit yang seluruh hidup abang tidak dapat membalasnya. Melihat saat bersalin ketiga rezeki yang Allah kurniakan. Bermalam menangis melihat korban seorang yang bernama ibu kepada anakku dan isteri tercinta...sakitnya...Allahuakbar.

Maafkan abang tidak buat sebarang kejutan di hari lahir ini..cuma satu doa abang..semoga Allah maafkan abang kerana tidak benar-benar menghargai isteri sebaikmu..

Tiada yang sepertiMu. Wanita yang kucintai selepas ibuku..

Teringat setiap kebaikan sayang pada abang buat selamanya..


Terima kasih sentiasa ingatkan abang untuk keluar di jalan Allah. Ingatkan solat berjemaah dan tahajud. Terima kasih uruskan rumah dan anak-anak.

Terima kasih sudi terima abang yang masa kahwin benar-benar susah. Miskin tiada apa-apa. Tiada kereta. Tiada rumah. Tiada duit. Tak lulus buat loan..

Sanggup dari bulan pertama kahwin terus belajar bersama abang keluar di jalan Allah. Bersama di jalan Allah pada mula-mula kahwin. 

Wanita yang sangat kukagumi sanggup berkorban apa sahaja. Memahami seorang suami. Lemah lembut. Penyayang pada anak-anak..


Tidak pernah memaksa abang untuk buat apa-apa. Memahami kesukaan abang. Tidak pernah sekali pun merungut. 

Abang sayang awak kerana Allah. Semoga dari saat ini Allah sentiasa letakkan kita sehidup dan semati di jalan Allah. Dan bangkitkan kita dan ibubapa, anak-anak dan adik beradik kita serta semua orang dalam syurga Allah. -ebit lew Airis HayFarayyan selamat hari lahir...

Wednesday 27 August 2014

JODOH DAN MATI. MANA SATU LEBIH KITA GET READY?


"Don't rush into marriage just because your friend are now all married. Allah will send you your spouse when He knows you're  ready."

Jodoh dan mati. Mana satu lebih kita get Ready?

Jodoh dan hati milik Allah. Jasad dan nyawa ini jua milik-Nya. Diri ini tak berkuasa apa-apa. Hanya hamba biasa. Satu jasad, satu nyawa, satu cinta.

Jangan bimbang. Jangan khuatir. 
Jagalah hatimu. 
Jagalah akhlakmu.
Jagalah imanmu.
Jagalah lisanmu.

Empat perkara penting bagi membentuk seseorang yang dirindui Syurga.

Bukan Allah tidak faham, tidak mengerti setiap tangisanmu padaNya. Allah Maha tahu apa yang hambaNya hajatkan. Berdoalah dan terus berdoa. Minta ditenangkan hati. Agar tidak terlalu memikirkan soal jodohmu.

Ingatlah. Tujuan kita berdoa padaNya adalah kerana diri kita yang lemah. Kerdil. Sentiasa memerlukan Pertolongan Allah. Walau Dia sudah Tahu isi hatimu sedalam-dalamnya. Tetapi Dia ingin lihat dirimu dikala meletakkan sepenuh harapan dan kepercayaan padaNya. Baikkan Allah :')

Sahabat Fillah. 
Dirimu sangat disayangi Tuhan. Buktinya sangat jelas. Dia tak biarkan dirimu hidup selesa dengan melakukan dosa. Tapi diberikan dugaan demi dugaan agar dirimu sentiasa dekat. Sentiasa ingin mencurahkan isi hati padaNya.

Kasih manusia tak sama dengan kasih Ilahi Rabbi:')

Kasih manusia sering bermusim. Tapi kasihnya Tuhan tak pernah habis walau kita melupakan Dia.

Dikala rasa kesunyian itu menjengah. Bacalah kembali lembaran cintaNya. Iaitu Al-Quran. Bacalah tafsirnya. Agar cintamu lebih tebal padaNya. Lebih takut untuk melakukan dosa-dosa. Lebih berhati-hati dalam tindakan.

Zikirmu padaNya lebih menenangkan. Tidak banyak terbuai-buai dengan keseronokan dunia. Kerana hubunganmu yang kuat dengan Pencipta akan melenyapkan sedikit demi sedikit cintamu pada keduniaan.


Bila banyak fikir tentang kematian. Terasa amalan di dunia terlalu sedikit untuk dibawa ke sana. Perjalanan yang terlalu jauh. Perlu tempuh alam kubur. Alam padang Mahsyar. Titian Sirat. Semuanya bergantung pada amalan kita di dunia.

AllahuRabbi :'(

Itulah perjalanan kita nanti. Setiap orang tak akan terlepas. Saudara. Jangan difikirkan sangat soal hati. Bimbang. Soal akhirat diketepikan. 

Dengan rahmat dan kasih-sayang Allah lah seseorang itu dapat mendiami Syurga. Bukan ditentukan oleh banyaknya amalan. Ikhlas dalam setiap amalan itu kunci ke Syurga. Syurga itu bukan senang-senang untuk dapat. Perlu lalui kepahitan hidup. Perlu banyakkan bersabar. Serahkan urusan dunia padaNya. InsyaAllah Dia mudahkan jalanMu.


Ingat. Siapa lah kita tanpa kasihNya. Hidup sia-sia tanpa Kasih Tuhan. Mudahkan urusan orang lain. InsyaAllah Dia akan mudahkan urusanmu. Sedekahkan sedikit hartamu pada yang memerlukan. insyaAllah segalanya itu akan dilipatgandakan dan kembali semula padamu di akhirat nanti. Ingatkan pada insan lain tentang kebaikan. Moga dengan kebaikan yang disampaikan  itu akan mengalirkan paha padamu.


Wednesday 4 June 2014

KRONOLOGI ISRAK DAN MIKRAJ


Sebelum Israk dan Mikraj

1. Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W. dicuci dengan air zamzam,

dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).

§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

i. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

ii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. iii. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
iv. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vi. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

vii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

viii. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

ix. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.

(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”
(Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam..


*Sumber dari blog Irsyadkuantan.com.my

Tuesday 20 May 2014

KOTORMU ADALAH KESILAPAN SENDIRI

Jika sudah taubat Nasuha (bersungguh-sungguh insaf tiada lagi siaran ulangan dosa), maka tiada lagi label barangan terpakai atau buangan. Bahkan kamu adalah bidadara dan bidadari dunia akhirat kembali. Suci seperti bayi. Macam baru keluar dari kilang. Fresh. Tanpa dosa dan noda.


Saya melihat ke dalam diri sendiri. Belum kepada orang lain. Terasa rendah diri. Terasa hina. Dosa sudah tentu banyak sekali. Makin bertambah umur, dosa pun bertambah jua. Manusia dengan dosa adalah manusia yang kotor. Dengan kata mudah, diri ini bukan orang suci. Terpalit noda. Tersalut kaca dosa.


Beruntunglah orang-orang yang terjaga sedari kecil hingga dewasa. Rare. Tapi saya percaya memang ada di luar sana. Mantap ayahanda bondanya mendidik. Mungkin mantap penjagaan dirinya sendiri. Terjaga tanpa tiada peristiwa silam yang melibatkan dosa sebesar dunia.

Namun kita, orang-orang biasa. Tidak setinggi iman mereka. Yang pernah hanyut dengan bermacam dugaan dan kesalahan diri sendiri. Kekadang kita jadi begitu kerana persekitaran. Kekadang kita jadi begitu kerana diri yang memberontak inginkan keseronokan masa muda dan kebebasan. Kekadang kita dianiayai orang. Kekadang kita yang menzalimi diri atas dasar turutkan perasaan.

Pengalaman.


Apapun yang pernah terjadi, kita memang pernah berdosa. Atau masih sedang membuat dosa. Sengaja membiarkannya saja. Tanpa mahu beranjak dari tempat kotor yang sama.


Kesiannya diri kita yang sebenar. Menjerit di dalam.


Diri yang palsu di luar berjaya saiko kita habis-habisan.


"Buatlah dosa, buatlah noda. Muda. Gila-gila. Nikmati dunia."


***


Pernah ada masa lalu yang gelap? Atau masa kini yang suram?

Kalau namanya remaja, masalah pertama sekali adalah cinta. Ah, cinta lagi. Isu cinta lagi. 


"Asyik-asyik cinta! Cinta bukan isu ummah tau?!"


Cinta adalah isu ummah. Remaja sedari dulu hingga kini, hanyut dengan definisi cinta sendiri. Cinta yang salah di sisi agama. Cinta asalnya fitrah. Akhirnya bertukar fitnah kerana tersalur di jalan yang salah.

Bukan setakat yang jahil terperosok di dalamnya bahkan yang belajar ilmu agama juga terheret sama. Besar kan masalah ini?

Allahurabbi!


Lihatlah betapa Maha Pengasihani Tuhan kita. Dosa kita sehitam bawah kuali pun bisa terhapus. Sudi dihapuskan. Malahan disucikan kembali oleh-Nya.
Kotormu kerana kesilapan diri sendiri.
Allah jualah yang mensucikanmu kembali!
Tiada label pendosa, malahan dijanji Syurga!


Tidak gembirakah lagi dengan berita ini wahai jiwa-jiwa yang sedang berdosa? 
Apa lagi yang kamu tunggu, taubat Nasuhalah bersih jiwamu!


Persetankan pada kenangan lalu. Tuju saja masa depan nun Syurga di depanmu.
Yang sudah tu sudah. Jadikan pengajaran dan pendidikan.
Agar tidak berulang.
Agar tidak songsang lagi jalan kehidupan.
Syurga dan Neraka tidak pernah memilih kita.
Tetapi kitalah yang memilih mereka. - Aira Safiyya
"Jika kalian melakukan dosa sehingga dosa kalian sampai ke matahari, kemudian kalian bertaubat, nescaya Allah akan mengampuni kalian." (Abu Hurairah)

Aku Merintih Lagi


Tuhanku,
Disaat kedukaan ini aku ingin sekali berjumpaMu,
Ingin sekali mendapat dakapan daripadaMu,
Menggalaskan aku dengan permaidani ketenangan.


Ya Allah,
Aku dilukai lagi..
Kenapa yang jujur bersembunyi menyendiri,
Kenapa yang melupaiMu tegak berdiri?
Di mana harus aku mencampakkan diriku?
Di kiri sakit,di kanan pedih…


Allah,Allah..
Aku ingin kembali padaMu
Tapi Kau selalu tegaskan padaku
Jangan putus asa akan rahmatMu kepadaku
Tolong pegangi aku,pimpin hatiku..
Aku tunggu..
-Tika bidadari Berbisik-


Bismillahirrahmanirrahim..

Itulah kita manusia,pabila sedih cari Allah,pabila rasa diri diuji cari Allah..dimana kita letakkan Dia sebenarnya dalam diri kita? kekadang Tanya juga pada diri sendiri..Astaghfirullahalazim..
Allah, lembik rasanya tubuh ini untuk menelan hakikat yang berlaku..baru sedar rasanya diri ini tak sekuat yang disangka dan diduga. 

Allah swt sebaik baik perancang, “perkara yg Allah berkehendaki berlaku ia pasti akan berlaku, kun fayakun..”
“Hendaklah kamu katakan semua itu datang daripada Allah” an-Nisa:78
“janganlah kamu berputus asa daripada nikmat Allah”surah Yusuf:87


Disaat rasa sepi, keseorangan buntu dalam lautan manusia hari ni, mulalah hati berbisik sendiri bertanyakan siapakah teman yang sentiasa di disisi. Alhamdulillah dalam kalangan ribuan teman yang pernah hadir dalam hidup ini tiada satu pun yang pernah mengecewakan melainkan diri saya sendiri yg mungkin pernah menyakiti teman seperjuangan..

Biasalah kan,lumrah kehidupan..ingin disayangi, diperhati, dilindungi. begitu juga pada cinta yang hadir, rasanya boleh di kira dengan jari berapa ramai jejaka idaman yg pernah mengisi ruangan hati. datang dan pergi, silih berganti.. begitulah lumrah,pernah terbaca petikan yang mengatakan "akan ada individu yg hadir dalam hidup ini dan pergi dengan membawa sekeping hatimu".


dan kita sebagai manusia lemah,sememangnya lemah..
Solat mengajar kita bermula dengan takbir "Allahuakhbar" Allah maha besar dan nyata sesungguhnya Allah maha kuasa..kita tidak sempurna dan takkan mampu untuk menjadi sempurna.. 

Kadang2 aku kuat, kadang2 aku lemah. Ya Rabb, peliharalah hati-hati kami. :'(
Aku tak mahu jauh dariMu...

.:: PINTAKU..::...




Segala puji bagi Allah Tuhan Seru Sekelian Alam, Selawat dan Salam Untuk Nabi Muhammad saw, Ahli Keluarganya dan Sahabat-sahabatnya.

Terima kasih ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih juga untuk setiap cobaan yang Engkau turunan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Terima kasih kerana keluarga bahagia yang Engkau amanahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…. Tetapi terlalu sedikit pengabdianku terhadap-Mu

Engkau tetap menerima walaupun terkadang aku alpa, aku lupa. Aku silap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besarnya kasih-Mu….Engkau tetap melindungiku walaupun terkadang aku kalut merunggut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tak pernah menafikan hak-Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang terbuai dengan kesedihan yang amat perit.

Ampunkan aku ya Allah apabila aku merintih nasibku di hadapan-Mu, kepada siapa lagi harus aku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini ya Allah… namun aku hanya hamba-Mu yang dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpah kasih sayang-Mu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Dalam usia bagini….. aku ingin lebih dekat pada-Mu ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini…. Aku ingin lebih merindui-Mu ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini aku ingin selaku mengabdikan diri sekudusnya terhadap-Mu. Dalam usia ubanan ini yang aku inginkan hanyalah ketenagan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih kepada yang sudi.

Ya Muhaimin…Pimpinanlah tangan hamba-Mu ini.. pimpinanlah hati hamba-Mu ini akan sentiasa berpijak ke atas jalan kebenaran.

Ya Al Quddus… sebagai hamba-Mu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti Titian Silatulmustakim-Mu dengan tenang dan mudah tanpa cela.


Ya Al Hakim…berilah aku kekuatan dan semangat serta ilham agar aku mampu terus membimbing anak-anak muridku yang sangat dahagiakan ilmu. Berikanlah aku keikhlasan yang jitu agar dapat aku mencurahkan ilmu yang engkau kurniakan kepada anak-anak didikku supaya lahir generasi masa depan yang terus mendokong perintah-Mu… Berilah aku kesabaran dalam menangani karenah generasi muda yang sangat mencabar keimanan dan kesabaranku… hulurkanlah aku kebijaksanaan agar aku mampu memacu kalam keinsanan hingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.

Ya Allah…Sesungguhnya kematian itu benar…. Alam kubur itu benar…..Hari Pembalasan itu juga benar….Hari ini, semakin hampir aku kepada Alam Kematian…. Semakin dekat aku dengan Alam Kubur… semakin takut aku terhadap Hari Pembalasan… izinkan aku dalam usia yang semakin sedikit ini aku mengaut sebanyaknya himpunan pahala, untuk ku jadikan bekalan kehidupan yang tiada penghujungnya nanti. Aku ingin menjadi anak, ibu, isteri dan muaalim yang solehah..


Terima kasih ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku… Engkaulah Yang Maha Besar… Allahu Akbar!.. peliharalah aku yang lemah ini agar terus berpegang teguh pada tali-Mu…


Terimalah pemohonan hamba-Mu yang sedang bermusafir di bumi-Mu ini Ya Al Mudzill.

Amin Ya Rabbil-Alamin.

Allah...Kuatkan Diriku...


“Jangan resah andai ada yang membencimu, kerana masih ramai yang mencintaimu di dunia. Tetapi resah dan TAKUTLAH ANDAI ALLAH MEMBENCIMU, KERANA TIADA LAGI YANG MENCINTAIMU DI AKHIRAT.” – Imam Al-Ghazali

"Sesiapa yang terluka kerana kedhaifanku Ya Allah, Engkau ubatilah luka mereka. Aku tidak mampu mengubatinya,aku tahu aku hanya mampu memohon secebis kemaafan dengan sekeping hati yang penuh kekotoran ini, lalu aku berserah kepada-Mu Ya Allah,"
Pesanku, jadilah seorang wanita yang bermaruah, yang punya kedudukan tinggi di sisi Tuhannya. Di mana namanya sentiasa disebut-sebut dalam kalangan para malaikat, dan yang berjaya memperoleh cinta yang Teragung, iaitu cintanya Ya Rabb lantas menjadi wanita yang paling bahagia di dunia. 


Tidurlah berbantalkan curahan doa orang-orang mu’min, lalu bangunlah untuk meraih pujian yang ditujukan kepadamu. Saat itulah engkau mula menyedari bahawa kebahagiaan bukan terdapat pada simpanan harta, kad kredit dan kereta, rumah yang bagaikan istana, mahupun pada kasih nya seorang manusia, namun pada ketaatan terhadap Zat Yang Maha Terpuji. Kedamaian hidup bukan pada hiasan keduniaan, bukan pula mengabdi kepada hamba, namun kepada kepatuhan terhadap Zat Yang Maha Mulia.