...Sesekali menangis, percayalah . bukan Allah tidak tahu betapa hancur dan luluhnya hati kita menanggung kecewa dan keperitan, tetapi Dia mahu kita rapat padaNya, lantaran hati-hati sebeginilah yang lebih lunak untuk diujinya ~ Jangan Bersedih,Allah Bersama Kita :') "Dear Allah...Make me strong, please (T__T)"

Tuesday 30 October 2012

ALLAH...dekati diriku...




‎-DOA RABIATUL AL ADAWIYAH-

"Tuhanku, apa saja yang Engkau hendak kurniakan kepadaku berkenaan dunia, berikanlah kepada musuhku dan apa saja kebaikan yang Engkau hendak kurniakan kepadaku berkenaan akhirat, berikanlah kepada orang-orang yang beriman, kerana aku hanya hendakkan Engkau kerana Engkau. Biarlah aku tidak dapat syurga atau neraka. Aku hendak pandangan Engkau padaku sahaja. Doaku pada-Mu ialah sepanjang hayatku, berilah aku dapat mengingati-Mu dan apabila mati kelak berilah aku dapat memandang-Mu."


Pabila diri terleka dengan keasyikan dunia, Hanyut dibuai keseronokan yang sementara...

Sungguh hati terasa kosong!! terasa jauh dari Allah...risau kalau-kalau Allah dah tak sudi pandang...Astaghfirullah...

Allah Maha Baik, menegur hambaNya dengan kelembutan...Subhanallah...

~ ♥ Sama-samalah kita berusaha menjadi seseorang yang memeriahkan hidup dengan roh ukhuwah,
Lidahnya basah dengan DAKWAH,
Hatinya tenang dengan zikrullah...
Malamnya hangat dengan muhasabah,
Ikrarnya untuk hidup dan mati demi Allah membentuk sahsiah yang tinggi dan terpuji... ♥ ~




Sunday 30 September 2012

Buat Diri yang Sering Lupa...




"Allah adalah segala- galanya bagi kita.. Tarbiyah pula merupakan penghubung antara kita dengan Allah.. Jika kita terhenti tarbiyah, maka kita akan kehilangan segala- galanya iaitu Allah swt.." 

Pesan buat diriku yang sering lupa...


~Jangan gadaikan kebahagiaan hakiki demi kebahagian sementara.. Bersabarlah.. 

Jangan gadaikan iman dengan nafsu.. Mujahadahlah..


Jangan gadaikan akhirat dengan dunia.. Bertahanlah.. 

Sungguh, tiada hal yang sia2.. Pasti ada rencana Al- KhaliQ buatmu.. 


Yakinlah..~ 
Bersabarlah kita…

"Kerana kemuliaan dari kesedihan adalah ketika ia berjuang demi membahagiakan orang lain. InsyaAllah, kita akan bersama berkumpul nanti di dalam rumah yang megah dan mewah juga indah dan penuh dengan kenyamanan dalam kesempatan yang lebih baik lagi dari hari ini, Ameen...

"

Friday 28 September 2012

Nota Cinta...



Terima kasih untuk ukhwah ini,
terima kasih kerana meminjamkan telinga,
bila diri ku meluahkan rasa,
meminjamkan bahu,untuk sama2 menanggung..

Terima kasih sahabat,
terima kasih kerana menjadi 'kaunselor',
bila diri diruntun sayu,bila diri dalam duka
ditimpa bermacam ujian,bila diri dalam kekurangan,
kau dengan kata2 semangat dan nasihat, meyakinkan ku
akan makna sebuah ukhwah..terima kasih Ya Robb..


Sahabat,
biarlah ukhwah yang dibina,bagai seutas tasbih,
ada awal,tiada penghujung..dicipta untuk mengingatinya,
dicantum untuk dicintainya..diratib demi redhaNya..

Terima kasih sahabat,
menjadi kakak,untuk menasihatiku,
menjadi guru, untuk mendidik ku..
menjadi adik untuk menceriakan ku..


ukhwah yang dibina,
bukan mengharapkan balasan sebagai 'hadiah'nya,
cukuplah ikhlas kerana Allah Taala..
kerana:

" Hubungan kamu dengan sahabat kamu adalah tanggungjawab
kamu kepada Allah..kamu tidak mengharapkan balasan daripada sahabat
kamu atas kebaikkan kamu..tetapi kamu mengharapkan balasan Allah atas kebaikan
kamu..hubungan sahabat kamu terhadap kamu pula, itu adalah tanggungjawab dia
kepada Allah.."

Maaf..maaf..maaf,
kerana tidak mampu lakukan yang terbaik..
kerana diri ini tidak mampu mengikut kehendak kalian,
tidak mampu menggembirakan kalian..
maaf dan ku dah cuba yang terbaik dalam ukhwah ini..
moga ukhwah kita hingga bertemuNya.
maaf dan ku juga memaafkanmu..

sahabat,
yang ku pinta,biarlah ukhwah kita mendapat nilaian disisiNya..
ku doa dari kejauhan, biar bicara tanpa suara,
moga kalian kuat dijalanNya..
moga kalian dipermudahkan segalanya...
walaupun dirimu jauh di sisiku..
tetap dalam doaku,tetap dalam ingatan ku..

"...Terima Kasih atas Ukhwah ini..Ukhwah Fillah Abadan abada.."


Nota cinta^^:

* Semoga ukhwah yang dibina keranaNya sehingga bertemuNya...

* Apalah ertinya sebuah perhubungan, jika tiada ketaatan kepadaNya..

* Ku pasti merinduimu..merindui kata semangat dan nasihatmu..

* Ukhwah itu Indah,apabila bertemu dan berpisah kerana Allah..~

Wednesday 26 September 2012

Syarat Buat Bakal Menantuku...





Syarat Buat Bakal Menantuku

Bakal Menantuku,
Tiba saatnya nanti,
Kuserahkan puteriku sebagai amanah,
Kerana kuhormati tuntutan fitrah,
Hiasilah hidupnya dengan hasanah,
Pandulah cintanya menuju jannah.

Dia puteri kesayanganku,
Melepaskannya tak semudah itu,
Dengarkan terus bicaraku,
Ada syarat sebelum kumerestu.

Bakal Menantuku,
Cinta yang kau tawarkan penuh bahagia,
Tiada hati lain yang terluka,
Tiada cinta lain rasa dikhianati,
Tiada anak isteri terasa sepi.

Bakal Menantuku,              
Kuingin  menjadi ayah sewibawa Rasulullah,
Tak rela semua puterinya dimadukan,
Baginda tahu risiko kepayahan,
Tak mahu menantunya kelelahan,
Kerana ia bukan keistimewaan,
Tapi tanggung jawab yang membeban.

Bakal Menantuku,
Berjanjilah padaku  dengan syarat ta’liq,
BEBASKAN PUTERIKU,   
Jika nanti kau ingin duakannya tanpa rela,
Izinkan cintanya berlabuh,
Buat lelaki yang setianya teguh.

Bakal Menantuku,
Semua puteri Rasulullah tidak bermadu,

Begitu jugalah fitrah puteriku,

Allah memberikan pilihan,


Kerana Dia hormat fitrah hati perasaan,
Jika kau enggan, gugurlah penerimaan. 





Bakal Menantuku,

Kuingin dia menjadi bidadarimu di sana, 
Jangan sukarkan ujian hidupnya, 
Dengan cinta lain yang kau undang bersama, 
Kerana fitrah tumpuan cinta, tiada dua, 
Bimbang rosak agamanya kerana kecewa. 


Bakal Menantuku, 
Kukenali puteriku berakhlak mulia, 
Kukenali puteriku tekun beragama, 
Perteguhkanlah dia dengan ketinggiannya, 
Hidup beragama selama-lamanya, 
Jangan cintanya kau persia, 

Sudikah syaratku kau terima? 


[USTAZAH FATIMAH SYARHA-SEBARKAN CINTAMU...]


...sudikah kamu wahai lelaki sekiranya syarat ini menjadi syarat utama seorang ayah kepada menantunya????...jika isteri itu sudah sempurna sifatnya,tidak lalai pada tanggungjawab,segala keperluan kamu sentiasa terisi...dialah ibu kepada anak-anakmu tanpa sedikit keluhan semasa membesarkan zuriatnya...dialah isteri yang malamnya sentiasa menemani mu...ketika bertahajud...seorang teman yang bila sedihnya kamu,dia sentiasa memegang bahu kamu dan sentiasa mengucap kata semangat...jadi...perlukah mencari cinta lain yang belum pasti cinta baru itu akan sesempurna cinta si isteri itu???saatnya kamu ingin menikahi seorang gadis...pasti kerisauan akan terjadi kepada si ayah...adakah sudah cukup didikan aku berikan kepada puteriku???..adakah puteriku akan menjadi wanita syurga setelah dia taat kepadaku dan juga suaminya???...begitulah kerisauan seorang ayah yang ingin menyerahkan tanggungjawab mendidik puterinya kepada seorang lelaki yang cintanya menjadi fitrah...


...baca...renung..dan mari manfaat bersama...moga menjadi suami soleh kepada puteri yang solehah...dan moga menjadi isteri solehah buat putera yang soleh..insyaAllah... :)



..Hanya padaMU...cintai Ilahi♥♥♥...




Puas sudah,

Kucari kebahagian,
Di sisi teman teman,
Ku dapat hanya kelalaian,

Ku cari lagi,
Di hati seorang kekasih,
Ku dapat hanya kekecewaan,
Dan ku terus mencari,
Dalam meniti hari,
Penuh kekosongan...

Oh, di mana lagi harus ku mencari,
Membawa sekeping hati,
Yang sarat kerinduaan,
Rindu yang tiada haluan,
Aku keliru sendiri,
Apa yang kucari?
Apa yang ku perlukan?
Aku masih xbisa mengerti,
Yang pasti,
Kekosongan hati ini minta diisi.

Sejenak ku tersedar,
Aku mencari cinta agung,
Buat jiwaku yang merindukan,
Hakikat kebenaran,
Cahaya yang membelah kegelapan,
Melimpah cemerlang mengisi Kekosongan.

Ku sedar,
Destinasi pencarianku disini,
Ku mencari-Mu Tuhan,
Mengharap keredaan,
Menagih kebahagiaan,
Disinar cahaya iman,
Syawqah,Taman Islam..

Sajak dari Taman Islam....

Saturday 1 September 2012

IDOLAKU... uhibbuki FILLAH...





Ustazah Fatimah Syarha, 
Nama mu seindah peribadimu, 
Tutur kata mu bisa memalingkan kelekaan seseorang, 
Tatapan mata mu yang jernih dan wajahmu yang bersih, 
Bisa menyejukkan hati2 yang menatapnya.



Persiapkan diri untuk menjadi hamba yang “high class” di mata Allah… 
Kemudia barulah boleh impikan cinta “high class” bersama juga suami yang “high class”








Teman sejati itu ibarat perfumes. Apabila kita berkawan dengannya, bau-bauan tersebut dapat tersebar luas memberi keselesaan kepada diri dan juga orang disekeliling kita.- Fatimah Syarha


Siapa kata tak couple maka tak kenal? Kami dulu tak bercouple tapi kami saling kenal. Kami tidak berjumpa tapi kami mempunyai biodata masing-masing daripada nama, belajar kat mana sampailah ke visi dan misi masing-masing. Memetik kata-kata Imam Hassan Al-Banna: kalau kamu bercouple 20tahun sekalipun, kamu tak akan kenal dia. Yang kamu kenal hanyalah lakonannya.


Kalau perempuan tawarkan cinta kepada anda kerana harta, jangan terkejut kalau isteri anda suatu hari nanti seorang kaki kikis. Kerana sebab benda-benda yang bersifat sementara ini akan lenyap. Tapi kalau kita mengambil cinta itu kerana agamanya, kerana akhlaknya, kerana Allah.. Allah itu tak akan lenyap. dan cinta itu juga tak akan lenyap.



Merisik dengan cara berkawan-kawan dulu dengan si dia? Hmm, itu bukan merisik, tapi berpelesit.- Blog Fatimah Syarha (Sebarkan Bahagia)

Kalau emas permata itu cantik, cantik lagi isteri saya ini- Dr. Farhan Hadi.





Nyata, cinta Allah jualah yang tidak pernah mengecewakan. CintaNya sentiasa membawa kebahagiaan kepada hati, perasaan dan kehidupan. Baru saya sedar bahawa dalam hidup ini saya ada Allah untuk lebih dicintai. Allah sentiasa menanti dengan penuh cinta terhadap hambaNya, Cuma saya yang lalai dan tidak menghargai segala nikmat yang sekian lama ada di depan mata. Dan yakinlah bahawa pintu taubatNya sentiasa terbuka luas untuk dikunjungi.



Wednesday 29 August 2012

PILIHANKU selamanya...





(´'`v´'`)
`•.¸.•´ ღ☆ღبِسْــــــ...ــــــــمِ اللهِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْـــــم ღ☆ღ
.¸.•´¸.•*¨)
(¸.•´ (¸.•´ ♥*DIALAH IKHWAN SHOLEH,PILIHANKU..*♥
♫•*¨*•.¸ï·²¸.•*¨*•♫♥:♫*ღ☆ღ**¤.¸¸♥
(¯`•♥•´¯)
 
Aku sedang menanti dia.
Seorang lelaki yang akan bergelar suami.
Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH.
Seorang hambaNYA yang senantiasa Dzikrullah.

(¯`•♥•´¯)
Dia seorang lelaki yang tegas dan berani.
Dia tidak pernah takut untuk berkata benar.
Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri.
Dia senantiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah.

(¯`•♥•´¯)
Dia selalu menghiburkan aku.
Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran.
Dengan dzikir-dzikir munajat.
Dengan surat-surat rindu yang dihafalnya.


(¯`•♥•´¯)
Ketika aku terlena mimpi indah duniawi.
Dia menasehati ku supaya mengingati mati.
Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia.
Dia menyadarkan aku betapa lezatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa.

(¯`•♥•´¯)
Dia memang senantiasa kelihatan penat.
Matanya penat karena membaca.
Suaranya lesu karena penat mengaji dan berzikir.
Badannya letih karena bermunajat di malam hari.


(¯`•♥•´¯)
Dia senantiasa mengingati mati.
Baginya,dunia ini adalah pentas lakon semata-mata.
Kita hambaNYA adalah pelakon.
Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti.

(¯`•♥•´¯)
Dia senantiasa menjaga matanya dari perkara-perkara maksiat.
Dia senantiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam.
Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapak.
Dia juga senantiasa berbhakti untuk keluarga.


(¯`•♥•´¯)
Dia senantiasa tabah dan sabar dalam menghadapi fitnahan.
Baginya fitnahan itu adlh sebuah cambukan.
Sajadah imannya yang terkoyak.
Lantaran mungkin karena kekhilafannya sendiri.
Dia senantiasa menjaga sholatnya karena itulah sejati diirinya.
Dia senantiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga.


(¯`•♥•´¯)
Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA.
Karena Islam adalah dien ALLAH yang sebenar-benarnya.
Dia senantiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W.
Dia juga senantiasa berusaha mencintai kekasih agungnya.
Kekasih sejatinya dan kekal abadi.
Yaitu ALLAHURABBI...

(¯`•♥•´¯)
Dia selalu berdoa dan mengimpikan syurga
Dia ingin mengajak aku ke sana sekali.
Karena, di situlah tempat pertama wujudnya cinta.
Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki.


Aku mencintai dia karena agamanya dan karena cintanya kepada Maha Pencipta.
Andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaku pada dia.
Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA.
Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia.


•*´`*•.(`'•.¸*♥✿♥* ¸.•'´) .•*´`*•

Siapakah dia..???
Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodoh ku.
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu.
Doaku, semoga dia tercipta untuk ku..
Semoga aku bertemu jodoh dengan dia.
•*´`*•..•*´`*•

.¸¸❤`·.¸.¸¸.•*❤•*¨¨*•.¸¸❤`·.¸.¸¸.•*❤`·.¸.¸¸.•*❤

Karena..DiaLah ikhwanSholeh Pilihanku ..

•.¸¸❤`·.¸.¸¸.•*❤•*¨¨*•.¸¸❤`·.¸.¸¸.•*❤`·.¸.¸¸.•*❤

Jika menurut kalian, artikel ini bermanfaat.
SilaHkan di-share untuk teman Anda, sahabat Anda, keluarga Anda, atau bahkan orang yang tidak Anda kenal sekalipun.
semoga Anda juga mendapatkan balasan pahala yang berlimpah dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Aamiin Ya rabbal 'alamiin


Thursday 26 July 2012

Cuci Hati...




❤• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْـــــمِ ❤•

♥ஜ♥(¯`•.¸áƒ¦ CUCI HATI ღ¸.•´¯)♥ஜ♥

✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰
... Kadang-kadang kita TERLUPA, kita jauh daripada Allah..LALAI dalam menjaga HUBUNGAN kita denganNya..sebab itu JANGAN DITANYA kenapa kita LEMAH saat DERITA menimpa kerana kita rasa BANTUAN itu tiada daripadaNya..UBATNYA adalah MENDEKAT, biarlah dahi kepada bumi melekat dengan sujudmu yang penuh BERKAT..✿~

KELUARLAH daripada kepompong DOSA, supaya dirimu dapat TERBANG bebas dalam taman-taman SYURGA..InsyaAllah..
✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰

Saturday 9 June 2012

Siapakah yang pertama dihati?



..♥..Mulut sentiasa berbicara tentang cintakan Ilahi, namun hati sibuk mencari cinta pujaan hati. 


..♥.Suara lantang menegakkan kebenaran, namun jiwa ingin merasai nikmat percintaan yang tidak ditabalkan. 


..♥..Munajat mengalir di ruang lidah, namun jasad tak kuat nak bermujahadah. Kita bilang sayangkan DIA, tapi hakikatnya, si dia tetap pertama di sanubari kita.


..♥.. Kita janji dalam solat yang hidup dan mati kita hanya untuk-NYA tapi usaha kita lebih ke arah mengejar cinta si dia.


..♥.. Kita impikan Syurga namun jalan ke Neraka yang memenuhi langkah kita. Adakah kita letakkan DIA hanya di bibir tanpa membuktikannya?? Kerana dia, kita pinggirkan DIA. Adakah DIA berpuas hati?? Tepuk dada, tanya iman kita yang masih berbisa...

Friday 8 June 2012

Sabarlah Duhai Hati..


Setiap kemanisan pasti ada kepahitan~ 


Setiap kepayahan tempuhilah dengan kesabaran~


Beranikan diri menghadapi setiap cabaran~

Jangan sesekali gentar dalam menghadapi lawan~

Mantapkan diri dengan keyakinan~

Selalulah tingkatkan diri dengan Iman~

Elakan dari melakukan perkara yang boleh merosakan masa hadapan~

Setiap kesungguhan yang dilakukan~

Pasti akan dapat balasan~

Lakulah setiap perbuatan dengan penuh ketakwaan~

Percayalah dengan setiap janji Tuhan~

Sesunguhnya dia tidak akan mungkir janji kepada hambanya yang beriman~

Thursday 7 June 2012

Tawakkal hanya pada Allah...





Manusia itu merancang dengan cita, tapi Allah menentukan dengan cintaNya. Di saat kita bergantung itu harus sama-sama berusaha dan ikhtiar sehabis baik dalam mencapai apa yang diinginkan. Dan sekiranya diuji di pertengahan jalan, kembalilah kepada Dia yang memiliki lagi maha mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya. Laa hawala walaa quawwata illa billaah : “Tiada daya upaya melainkan dengan kekuatan Allah”


Astaghfirullah... Astaghfirullah...
Astaghfirullah hal azhim allazi la ilaha illallah
Aamin... Aamin... Aamin...

Ku bermohon pada Mu ya Allah
Tetapkanlah imanku sentiasa pada Mu
Berserah pada Mu
Sesungguhnya solat serta ibadahku
Hidup dan matiku hanyalah untuk Mu
Ku bermohon pada Mu
Tiap detik ku mengharap kebaikan Mu
Lindungilah aku selamatkanlah
Dari seksaan Mu yang azab sengsara
La ilaha illallah... La ilaha illallah...
Ku bermohon pada Mu
Permudahkanlah segala urusan
Rahmatilah segala pemberian
Kurniakanlah aku dunia dan akhirat
Aamin... Aamin... Aamin... 



:: Tawakkal hanya kepada Allah :: 

Saturday 24 March 2012

Jika Ini KetentuanMu...




Jika ini ketentuanMu,
ku cuba tabahkan hatiku,
kerana pasti tersirat sesuatu di balik yang tersurat itu…
kerana ku manusia biasa,
tidak terdaya memikirkan apakah hikmahnya…
apakah rahsianya..
hidup ini terus berputar,
tiada masa untuk lengah,
tiada masa untuk patah,

ku kuatkan hati yang serapuh kaca ini,
ku salutkan bersama doa tulus suci,
kerana doa itu tersimpan satu kekuatanku,
kekuatan dari yang Empunya segalanya…

dan pastinya dunia bukan milikku sendiri,
untukku atur segalanya,
kerana yang takdir itu mengatasi tadbir…
tadbir dari manusia yang lemah,
takdir dari Tuhan Yang Maha Mencipta,

ku simpan segala pahit dan duka,
dalam surat kehidupan ini,
yang penuh sirat pengajaran…

di sebalik yang terjadi
pasti ada yang terjanji
termateri sesuatu yang pasti
jika kau redha ketentuan Ilahi…

“Barangsiapa yang mengenal hak waktu berarti dia telah mengetahui harga kehidupan, kerana waktu adalah kehidupan” -Imam Syahid Hassan al-Banna-



Sunday 5 February 2012

Adab Bercakap



Rasulullah saw pernah ditanya tentang sebab yang paling banyak mengakibatkan orang masuk syurga, Nabi menjawab, takwa kepada Allah dan akhlak mulia. Nabi juga ditanya tentang sebab yang paling banyak mengakibatkan orang masuk neraka, maka Nabi menjawab, mulut dan kemaluan.
(HR. Tirmidzi)                                   

Sebab tu kita lahir dengan 2 mata, 2 telinga tetapi hanya 1 mulut supaya kita lebih banyak melihat dan mendengar daripada bercakap. Pepatah melayu pun ade mengatakan “kerana mulut badan binasa”. Oleh kerana kita semua tak nak binasa ‘di sana’ nanti akibat mulut kita, jom belajar adab bercakap.

1)    Semua perkataan mestilah membawa kebaikan

Daripada Abu Hurairah diriwayatkan Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya: “Siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau ia diam.”
(Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

2)    Bercakap mestilah jelas dan mudah difahami

Aisyah berkata: “Bahawasanya Rasulullah SAW itu selalu jelas sehingga difahami oleh semua yang mendengarnya”
(Hadis riwayat Abu Daud)

3)    Rendah diri dan menjauhi sikap berdolak dalih

Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku di hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap dan bersifat sombong dalam bercakap”
(Hadis riwayat Tarmizi- hadis Hassan)

4)    Menghindari banyak bercakap, kerana khuatir membosankan orang yang mendengar.

Seperti dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Wa’il :
“Adalah Ibnu Mas’ud R.A. senantiasa mengajari kami setiap hari khamis, maka berkata seorang lelaki: “Wahai Abu Abdurrahman (gelaran Ibnu Mas’ud)! Seandainya engkau mahu mengajari kami setiap hari?” Maka jawab Ibnu Mas’ud: “Sesungguhnya tidak ada yang menghalangiku memenuhi keinginanmu, hanya aku khuatir membosankan kalian, kerana aku pun pernah meminta yang demikian pada Nabi S.A.W. dan baginda menjawab khuatir membosankan kami.” (HR Muttafaq’alaih)

5)    Bercakap benar dan menghindari dari menyatakan yang dusta

Ada pepatah mengatakan, “Bercakap benarlah kamu, walaupun yang benar itu pahit, kerana kepahitan itu adalah penawar yang mujarab”

“Tanda-tanda munafik itu ada 3, jika ia bicara berdusta, jika ia berjanji mengingkari dan jika ia diberi amanah ia khianat.”
(HR Bukhari)

6)    Mengulangi kata-kata yang penting, jika diperlukan

Anas berkata apabila Rasulullah SAW bercakap, maka baginda akan mengulanginya sampai 3 kali sehingga semua yang mendengar menjadi faham dan apabila baginda mendatangi rumah seseorang, maka baginda akan mengucapkan salam 3 kali”
(HR Bukhari)

7)    Menjauhi perdebatan sengit

Sabda Rasulullah SAW: “Tidaklah sesat suatu kaum setelah mendapatkan hidayah untuk mereka, melainkan kerana terlalu banyak berdebat.” (HR Ahmad dan Tirmidzi)

Dan dalam hadis lain disebutkan sabda Nabi S.A.W. :
“Aku jamin rumah di dasar syurga bagi orang yang menghindari berdebat sekalipun ia benar, dan aku jamin rumah di tengah syurga bagi orang yang menghindari dusta walaupun dalam bercanda, dan aku jamin rumah di puncak syurga bagi yang baik akhlaknya.”
(HR Abu Daud)

8)    Menjauhi kata-kata keji, mencela dan melaknat.

Sabda Rasulullah SAW: “Bukanlah seorang mukmin jika suka mencela, melaknat dan berkata-kata keji.”
(HR Tirmidzi dengan sanad sahih)

9)    Menghindari banyak membuat lawak.

“Sesungguhnya seburuk-buruk orang di sisi Allah SWT di hari Kiamat kelak ialah orang yang suka membuat manusia tertawa.”
(HR Bukhari)

10)  Menghindari ghibah (mengumpat) dan mengadu domba.

Sabda Rasulullah SAW: “Janganlah kalian saling mendengki, dan janganlah kalian saling membenci, dan janganlah kalian saling berkata-kata keji, dan janganlah kalian saling menghindari, dan janganlah kalian saling meng-ghibah satu dengan yang lain, dan jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara.”
(HR Muttaafaq’alaih)

11)  Jangan menghina atau mengaibkan orang lain.

Sabda Rasulullah SAW:“Jika seseorang menceritakan suatu hal padamu lalu ia pergi, maka ceritanya itu menjadi amanah bagimu untuk menjaganya.”
(HR Abu Daud dan Tirmidzi)

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”
(Al-Hujuraat: ayat 12)

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang menutup aib saudara muslimnya maka Allah akan menutup aibnya di akhirat”
(riwayat Tirmizi disahihkan oleh Al-Albani).

12)  Mengucapkan “insyaAllah” terhadap sesuatu rancangan atau sesuatu yang belum pasti.

"Dan janganlah kamu mengatakan terhadap sesuatu: "Sesungguhnya aku akan mengerjakan itu besok pagi, kecuali (dengan menyebut): "Insya Allah". Dan ingatlah kepada Tuhan-Mu jika kamu lupa dan katakanlah "Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini."
(Al-Kahfi,18: 23- 24)