...Sesekali menangis, percayalah . bukan Allah tidak tahu betapa hancur dan luluhnya hati kita menanggung kecewa dan keperitan, tetapi Dia mahu kita rapat padaNya, lantaran hati-hati sebeginilah yang lebih lunak untuk diujinya ~ Jangan Bersedih,Allah Bersama Kita :') "Dear Allah...Make me strong, please (T__T)"

Saturday, 24 March 2012

Jika Ini KetentuanMu...




Jika ini ketentuanMu,
ku cuba tabahkan hatiku,
kerana pasti tersirat sesuatu di balik yang tersurat itu…
kerana ku manusia biasa,
tidak terdaya memikirkan apakah hikmahnya…
apakah rahsianya..
hidup ini terus berputar,
tiada masa untuk lengah,
tiada masa untuk patah,

ku kuatkan hati yang serapuh kaca ini,
ku salutkan bersama doa tulus suci,
kerana doa itu tersimpan satu kekuatanku,
kekuatan dari yang Empunya segalanya…

dan pastinya dunia bukan milikku sendiri,
untukku atur segalanya,
kerana yang takdir itu mengatasi tadbir…
tadbir dari manusia yang lemah,
takdir dari Tuhan Yang Maha Mencipta,

ku simpan segala pahit dan duka,
dalam surat kehidupan ini,
yang penuh sirat pengajaran…

di sebalik yang terjadi
pasti ada yang terjanji
termateri sesuatu yang pasti
jika kau redha ketentuan Ilahi…

“Barangsiapa yang mengenal hak waktu berarti dia telah mengetahui harga kehidupan, kerana waktu adalah kehidupan” -Imam Syahid Hassan al-Banna-



No comments:

Post a Comment