...Sesekali menangis, percayalah . bukan Allah tidak tahu betapa hancur dan luluhnya hati kita menanggung kecewa dan keperitan, tetapi Dia mahu kita rapat padaNya, lantaran hati-hati sebeginilah yang lebih lunak untuk diujinya ~ Jangan Bersedih,Allah Bersama Kita :') "Dear Allah...Make me strong, please (T__T)"

Friday 26 July 2013

Ramadhan...Bulan paling banyak muhasabah diri


Muhasabah diri...menilai diri sendiri...apa yang lebih banyak?
Mahmudah atau mazmumah?

AllahuAllah...entah kenapa...
Tiap kali datangnya Ramadhan...pasti airmata ini sering ditumpahkan kerana memikirkan nasib di akhirat...
Sehingga aku menggelarnya juga sebagai "bulan airmata"
Moga tarbiyah Ramadhan akan melekat dalam diri untuk menjalani liku-liku kehidupan selepas ramadhan...insyaAllah..mudah-mudahan

Dalam bermuhasabah diri...
Memang selayaknya dikesali dengan segala dosa yang telah dilakukan selama ini.
Memang selayaknya dibuang terus sifat "mazmumah" yang ada dalam diri.

Terkadang kita fikir kita adalah yang terbaik. Tapi kita tidak berfikir sejenak bahawa kita hanya diberi sedikit kelebihan dari Allah yang Terbaik!
Dalam dunia yang sementara ini...tiada satu pun yang menjadi hak dan kepunyaan kita...
Sebab itulah Allah suruh kita terima apa adanya..
Terima ketentuanNya..
Terima ujianNya..

Siapalah diri kita...
yang selalu memburuk-burukkan orang lain..
yang selalu menyebarkan aib orang..
yang selalu menganggap diri sempurna...
yang selalu mencari-cari kesalahan orang lain..
yang selalu bercakap kasar dengan orang..
Siapa diri kita?

Allah berikan kita kehidupan di dunia kerana Dia ingin kita mentaatiNya..
Dia ingin kita menginsafi diri bahawa tiada yang Agung melainkan Dia..
Jadi..tak perlu kita mengagungkan(bangga) diri di hadapan orang lain.

Tidak terfikirkah kita betapa kerdilnya diri kita ini?
Adakah Allah sudi memandang pada AMALAN DAN HATI kita yang asyik bergelumang dengan dosa..

"Wahai Tuhanku yang Mengetahui setiap sesuatu.
Aku tahu dalam berbuat kebaikan..memang ada juga insani yang membenci
Kerana walau sebaik mana pun seseorang itu..orang tetap akan nampak kesalahannya juga.
Dan kesalahan itulah yang akan diperbesar-besarkan sehingga dibenci oleh insan lain."



AllahuRabbi..aku memang tak dapat untuk puaskan hati semua orang
kerana aku juga insan biasa yang punya banyak kelemahan daripada kelebihan.
hanya kerana aku ada Kamu...aku bisa menjadi lebih kuat dalam menghadapi segala macam sikap manusia..

Hanya Allah yang tahu isi hatiku,
Hanya Allah yang tahu apa yang kufikirkan,
Biarlah hanya Allah menjadi saksiku bersama malaikat yang dikirimkannya..
Biarlah mereka yang membenciku bahagia buat selamanya..
Tiada apa yang kupinta dari Tuhan melainkan keampunanNya sentiasa dicurahkan pada mereka..

Aku ingin mereka mendapat petunjuk ke jalan yang diredhai..
Aku ingin mereka menjalani hidup berlandaskan syariat Ilahi...
Aku ingin mereka menikmati kelazatan cinta dari Ilahi...

Kerana itu aku menegur...kerana itu aku menasihati....
Tapi apakan daya, aku hanya mampu menyampaikan apa yang terbaik buat mereka...namun hanya mereka yang mampu mengubah diri mereka sendiri agar menjadi yang lebih baik suatu hari nanti...

Ku kan setia menanti perubahan yang baik itu...insyaAllah

Sunday 21 July 2013

Percayalah...Allah sangat2 sayangkan kita


Kehidupan yang dijalani sering dilanda keperitan jiwa...
AllahuRabbi...hanya kepadaMu aku meluahkan segala apa yang terbuku dihati...
Biarpun tiada manusia yang sudi mendengarnya...aku tetap ada Kamu..
Tuhanku yang Agung.Tuhanku yang sentiasa dekat...tak pernah jauh...tak pernah sibuk untuk mendengar setiap masalah yang kucurahkan...

Sesungguhnya kerana sayang, Engkau menguji...
Memang tak patut seseorang hamba itu merungut dan berkeluh-kesah dengan masalah yang Kau berikan. Engkau ingin menunujukkan kecintaanMu dengan cara memberikan pelbagai masalah kerana manusia seringkali tenggelam dan hanyut disebabkan kenikmatan yang banyak...
AllahuAllah


"Sememangnya..Orang yang merasakan dirinya tak bermasalah sebenarnya sangat bermasalah..
Orang yang terlalu memikirkan masalahnya juga sangat bermasalah.
Kita patut menjadi orang pertengahan..Apabila didatangi masalah,
Kita haruslah menghadapinya dengan tenang dan sabar..
Berfikir positiflah terhadap masalah yang menimpa kerana itu bukti cinta Allah pada kita..

Kita harus bijak merungkai permasalahan yang berserabut di fikiran satu persatu.
yakinlah setiap satu masalah yang menimpa kita itu.. Allah datangkan bersama  1001 jalan penyelesaian..
Kita tak harus hanya merintih pada masalah tetapi harus bijak mencari jalan keluarnya..."

Bermacam-macam cara Allah menguji setiap hambaNya bukan?
Allah itu Adil lagi Bijak dalam mengatur strategi...
Dia menguji pula mengikut kemampuan kita...

Allah tak pernah kejam dan zalim terhadap hambaNya.
Tapi manusia yang menzalimi diri mereka sendiri...

Dalam menghadapi kerenah manusia pula...
Memang banyak perkara yang perlu bersabar.Kerana...
Dalam hidup ini kita akan berhadapan dengan ramai orang yang tidak mana seperti kita harapkan.
Kenapa begitu?
Supaya kita belajar erti memahami, erti menyelesaikan dan erti meningkatkan diri kita dan orang lain.
Hanya ada satu KUASA CINTA sahaja yang dapat memujuk kita di saat dilanda kesedihan...
Tak lain dan tak bukan ianua kuasa cinta dari Allah SWT.

Janganlah berdendam dengan sesiapa...Dendam itu tidak akan membawa apa-apa kebaikan dan faedah.
Dendam juga hanya akan menimbulkan kemarahan Allah..
Dendam menyebabkan silaturrahim kita sesama manusia terputus..
Dendam juga boleh membuatkan seseorang itu bertindak di luar kawalan...
Semuanya kerana SAKIT HATI..
Maafkanlah..mudah-mudahan itulah yang akan meningkatkan darjatmu disisi Tuhan...

Soal menghukum orang lain itu serahkan saja semuanya pada Allah...
Allah tahu apa yang perlu Dia lakukan.
Tugas kita adalah memperbaiki keadaan, jangan keruhkan lagi keadaan, memafkan dan menjaga silaturrahim sesama insan...


Monday 15 July 2013

Biarpun Berseorangan, Tapi Allah Selalu Temankan

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah... (^___^)
Syukurnya dihati ini...
Walaupun terpaksa tinggal seorang diri di rumah yang disediakan khas untuk tenaga pengajar, Tapi Allah yang Maha Baik temankan dengan mengirimkan jiran-jiran yang sangat sangatlah baik, peramah dan pemurah.

Ya...memang susah untuk mendapatkan jiran sebegitu sekarang kan? Sebab zaman sekarang orang sangat sibuk dengan hal masing-masing sehingga tak pedulikan jiran tetangga. 

Namun perlu diingatkan bahawa Rasul mengajar kita agar sentiasa menjaga hati jiran, menjaga silaturrahim dan memuliakan mereka.
Cantiknya Qudwah yang rasul tunjukkan.

Terima KASIH Allah!!

Allah Maha Memahami setiap keperluan  hambaNya bukan?
Walaupun kesunyian sering bertandang tatkala keseorangan, namun dengan kehadiran insan-insan yang selalu menghiburkan hati ini...terasa hilang segala kesunyian..yang ada hanyalah kegembiraan.

Tambahan pula, sekarang adalah bulan yang paling mulia, bulan yang penuh barakah..
AllahuAkbar...Allah tak putus-putus memberikan rezeki yang melimpah ruah pada hambaNya.
Jiran tetangga yang tersangat baik dan pemurah sering memberikan bermacam-macam makanan sehinggakan   tak mampu rasanya untuk menjamah seorang diri...

Kita cuma perlu bersabar sedikit sahaja untuk mendapatkan yang lebih baik.
Dan apa yang paling penting adalah sentiasa bersangka baik pada Allah

Allah berada dalam sangkaan hambaNya bukan? Jadi sangkalah apa yang kamu nak sangka.
Apa pun.. Kita merancang, Allah juga merancang...Sememangnya perancangan Allah itu adalah jauh lebih baik daripada perancangan kita kerana Dia Maha Tahu segala-galanya. Jangan salahkan Dia jika perancangan kita tak menjadi. Ingat!! kita cuma perlu sabar sedikit. Siapalah  kita untuk menentukan segalanya...


Kepada siapa  lagi harusku bergantung harapan dan kepercayaan?
Kepada siapa lagi harusku kongsikan masalah yang menghimpit hidup ini?
Kepada siapa lagi harusku menyampaikan hasrat dihati?
Kepada siapa lagi harusku meluahkan segala isi hati?

---> Allah lah segala-galanya yang memenuhi fitrah manusia yang ingin disayangi dan menyayangi, yang tak pernah sibuk nak dengar segala masalah kita, yang tak pernah menyampah mendengar luahan hati kita, yang tak pernah melarikan diri daripada menunaikan permintaan kita...

Mudah-mudahan kebahagiaan menjadi milik kita semua.



Wednesday 10 July 2013

Tenggelamkan aku dalam lautan cintaMu


-DOA RABIATUL AL ADAWIYAH-

"Tuhanku, apa saja yang Engkau hendak kurniakan kepadaku berkenaan dunia, berikanlah kepada musuhku dan apa saja kebaikan yang Engkau hendak kurniakan kepadaku berkenaan akhirat, berikanlah kepada orang-orang yang beriman, kerana aku hanya hendakkan Engkau kerana Engkau. Biarlah aku tidak dapat syurga atau neraka. Aku hendak pandangan Engkau padaku sahaja. Doaku pada-Mu ialah sepanjang hayatku, berilah aku dapat mengingati-Mu dan apabila mati kelak berilah aku dapat memandang-Mu."


"Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu."


"Kekasihku(Allah) tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun,

Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun,

Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun,

Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun." 



"Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu." 



Ya Allah...

Aku ingin mencintaiMu sepenuh jiwaku..

Perkenankanlah Ya Allah

Hanya Kau yang mampu menentukan segala-galanya..




~ Itulah Serikandi Islam...juga merupakan WALI Allah. Subhanallah begitu besar cintaNya pada Sang Pencipta~

Rabiah Al-Adawiyah pernah berkata sekiranya dia membiarkan masa berlalu walau sedetik pun tanpa hatinya mengingati Allah, Dia rela hatinya ditusuk dengan pisau  belati. ALLAHUAKBAR!!

Sungguh...bila kita letakkan cinta Allah no 1 dalam hidup dan dalam segala hal..maka tiada apa yang menghalang rasa cinta padaNya...tiada apa yang dapat mengurangkan kecintaan pada Ilahi.

Kita sering melakukan sesuatu kerana ingin dapatkan ganjaran. Adakah kita benar-benar mencintai Allah sedangkan hidup seharian kita asyik bergelumang dengan dosa tanpa taubat? Lalu dimanakah Allah dihati kita?
Lakukanlah sesuatu amalan dengan seikhlas yang boleh. Sememangnya ganjaran pahala dan Syurga itu desediakan untuk orang-orang beriman. Tapi pahala dan Syurga itukan merupakan 'makhluk' Tuhan?
Jadi.. kita beribadah untuk mendapatkan 'makhluk' atau ingin mendapatkan Pencipta Makhluk?

AllahuRabbi...Allah telah beri pelbagai kesenangan dan kenikmatan pada kita. Apa lagi yang Allah tak berikan? Dia berikan pada kita tubuh badan yang sihat, Dia berikan kita makan makanan yang lazat-lazat, Dia berikan kita keluarga, Dia berikan kita harta yang banyak, Dia berikan segala sesuatu yang terbaik untuk  kita. Namun terkadang kita langsung tidak menyedarinya.

Jadi...apa alasan kita untuk tidak beribadah dengan ikhlas? Sungguh Allah Maha Hebat!! Dia memiliki berjuta-juta galaksi, Dia pemilik Kerajaan Dunia dan Akhirat. Kita pula? Apa yang kita miliki hanyalah pinjaman yang sementara dari Allah. itupun  kita masih sombong dan riya' dengan apa yang kita miliki...Allahu Allah..Mari kita sama-sama rebut pandangan Allah ya...Moga Allah sudi pandang kita



Apalah gunanya Berpuasa tapi tidak SOLAT



Syukur sungguh dihati ini tatkala diberi peluang lagi untuk bertemu lagi Ramadhan yang mulia ini...
AllahuRabbi... moga kita semua sebagai hamba Allah yang Maha Pengasih tak putus-putus melakukan kebaikan dan memohon keampunan dariNya...

Marhaban Ya Ramadhan Kareem...
Tertutuplah pintu Neraka lalu dibukakan pintu Syurga
Para Malaikat merendahkan sayap untuk menghitung pahala berganda...
Dibelenggu syaitan durjana..
Jadikan siang hari dipenuhi dengan amal kebajikan dan sedekah
Jadikan malamnya pula dipenuhi dengan ibadah serta tangisan memohon keampunan.

~Begitu bernilainya ramadhan~

-Tak patut disia-siakan bulan ini-

Namun, ada juga manusia yang masih ego, masih sombong pada Allah, menganggap ramadhan tak punya apa-apa makna dalam hidupnya...Astaghfirullah... betapa manusia itu rugi dan sungguh rugi !!!

Itulah mereka yang BERPUASA tapi tak mengerjakan SOLAT.


~PUASA adalah satu kewajipan dan SOLAT juga satu kewajipan~

Tak perlu membuat pilihan untuk melakukan yang mana satu kerana kedua-duanya adalah kewajipan!!




Semestinya perkara fardhu tak boleh sama sekali dipandang remeh. Kelak menyesal dan  terazab di akhirat.

Lihatlah apa yang jumhur ulama' katakan mengenai hal ini:~


Orang yang meninggalkan solat jika ia meninggalkannya kerana mengingkari atau menolak kewajipan tersebut, ia murtad dari agama dengan sepakat (ijmak) para ulamak. Orang yang murtad tidak sah ibadahnya termasuk puasa.

1- Jumhur ulama' berpandangan; ia fasiq, yakni tidaklah menjadi kafir, akan tetapi telah melakukan dosa amat besar.
2-  Adapun jika ia meninggalkan solat kerana malas atau segan (yakni ia masih mengakui kewajipan solat, cuma ia malas melakukannya)
Berdasarkan pandangan jumhur ulama' (yang tidak menghukum kafir orang yang meninggalkan solat itu); puasa orang itu sah jika ia memenuhi rukun-rukun puasa yang ditetapkan dan tidak melakukan sebarang perkara yang membatalkan puasa.
~Maksud sah ialah; dia tidak dituntut lagi mengqadha/mengganti puasanya. Namun perlu dipersoalkan; adakah puasanya itu akan diterima oleh Allah sedangkan ia telah mengabaikan ibadah yang cukup besar dalam Islam iaitu solat? Tidak semua ibadah yang sah diterima oleh Allah. Contohnya, seseorang yang mengerjakan solat dengan riyak; solatnya sah (dari sudut Fiqh) apabila cukup syarat-syarat dan rukun-rukunnya, namun solatnya ditolak oleh Allah kerana riyak tersebut.