...Sesekali menangis, percayalah . bukan Allah tidak tahu betapa hancur dan luluhnya hati kita menanggung kecewa dan keperitan, tetapi Dia mahu kita rapat padaNya, lantaran hati-hati sebeginilah yang lebih lunak untuk diujinya ~ Jangan Bersedih,Allah Bersama Kita :') "Dear Allah...Make me strong, please (T__T)"

Sunday, 12 May 2013

Peristiwa di Padang Mahsyar yang PASTI KITA HADAPI



---> Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail dan beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. 

---> Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran dan keagunganNya sebagai Tuhan yang Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. 

---> Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. 


---> Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yang disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih. 

---> Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib dan masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
--->Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka. 


--->Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat. 

---> Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan. 
---> Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka merasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun. 

---> Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga. 

--->Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. 

Mereka ialah: 

1. Pemimpin yang adil. 
2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah. 
3. elaki yang terikat hatinya dengan masjid. 
4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. 
5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”. 
6. Lelaki yang bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai). 
7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

---> Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW.



---> Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.*Hanya Nabi Muhammad s.a.w yang dapat memberi syafaat di sisi Allah s.wt 

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda. 

---> Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi. 

---> ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat. 

---> Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana. 

---> Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib dan ‘Atid / Kiraman Katibin. 

---> Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir dan munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan. Pemimpin akan dipertangungjawabkan kepada pengikut dan sebaliknya. 

---> Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah. 

---> Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin. 

---> Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa. 

---> Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab. 

---> Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang. 

---> Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah penipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana. 

---> Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

Sunday, 5 May 2013

SAHKAH SOLAT memakai minyak WANGI BERALKOHOL??

Gambar Hiasan


1) Harus dan sah solat, walaupun menggunakan minyak wangi beralkohol. Ini kerana bukan semua alkohol adalah najis. Para Ulama menyebut alkohol najis berdasarkan hadith nabi yang memberi isyarat bahawa arak itu najis. Ia diambil dari ayat al-Quran yang menyebut :


"Arak, tenung dan tilik nasib, lemparan kayu nasib adalah kekotoran ('rijs') dari hasil kerja Syaitan " (Al-Maidah; 90).

Dan dari hadith oleh Abu Tha`laba al-Khushani di dalam sohih al-Bukhari dan Muslim:

"Wahai Nabi Allah, kami tinggal di tanah Ahli Kitab, bolehkah kami makan & minum di dalam bekas mereka?" Nabi membalas : "Sekiranya kamu mendapati bekas selain bekasan mereka, maka jangan menggunakannya, sekiranya kamu gagal mendapatkan selainnya, maka hendaklah kamu basuh bekas itu dahulu dan kemudian makanlah menggunakannya "

Imam An-Nawawi (Syarah Sohih Muslim 13/14:86) dan Imam As-Shawkani ( Naylul Awtar, 1/71) menyebut "Maksud larangan makan menggunakan bekas-bekas mereka menunjukkan apa yang mereka masak dan minum menggunakan arak adalah kernana ia dihukum sebagai najis"


Benar 70 % atau lebih dalam arak adalah alkohol, tetapi ia jenis "Denatured alcohol" yang telah diproses untuk tujuan memberikan kemabukkan. Sila rujuk Denatured Alcohol . Adapun, alkohol yang ada di dalam minyak wangi adalah bukan jenis ethanol yang sama dengan apa yang ada di dalam arak, ia menggunakan ‘Absolute ethanol' iaitu satu jenis alkohol dengan hanya sedikit air dan campuran lain (maka kesannya juga berbeza dari kesan arak, malah ia tidak lagi digelar arak, barangsiapa yang meminumnya pula, ia mungkin boleh membawa seseorang itu ke alam barzakh dengan segera ! dan bukannya mabuk.


Kesimpulannya, menggunakan minyak wangi beralkohol adalah dikira suci dan tidak menjejaskan solat seseorang. Itulah pendapat saya berdasarkan hujjah di atas dan demikian juga pandangan yang diberi oleh guru-guru saya seperti Prof. Dr Abd Fatah Idris melalui kitabnya dan Syeikh Prof Dr Fadhal Hassan Abbas melalui kuliahnya.

BAGAIMANAPUN, AKHIR-AKHIR INI SAYA MENDAPAT INFOMASI TIDAK RASMI BAHAWA TERDAPAT PERFUME DARI BARAT YANG JUGA MEMPUNYAI ELEEMN 'LARD' ATAU BABI DI DALAMNYA. JIKA BENAR, MAKA ia adalah diharamkan dan tidak sah di bawa di dalam solat.



Cuma sumber yang menyatakannya adalah masih tidak kukuh dan saya tidak menumpukan kajian terhadap hal khinzir dalam minyak wangi. jawapan saya hanya menumpukan isu hukum alkohol.

Sumber: Zaharuddin.net

LIMA FASA AKHIR ZAMAN



Berikut adalah lima fasa akhir zaman seperti yang telah diceritakan oleh Nabi Muhammad saw :

Fasa pertama : Mengikut Rasulullah saw, fasa pertama dalam akhir zaman ini adalah fasa ketika Nabi Muhammad masih lagi hidup. Adakah zaman ini sudah berlalu? The answer is YES.

Fasa kedua : Fasa kedua adalah fasa di mana zaman pemerintahan adalah mengikut cara kenabian. Pada zaman ini, kita dapat lihat bahawa umat Islam diperintah oleh empat Khulafa' Ar Rasyidin. Adakah zaman ini sudah berlalu? The answer is YES.

Fasa ketiga : Fasa ketiga pula adalah fasa di mana pemerintahan dilakukan oleh kerajaan yang menggigit. Perkataan 'menggigit' seperti yg dimaksudkan dalam hadis nabi itu adalah bermaksud mereka hanya menyerahkan kekuasaan mereka kepada keturunan mereka. Pada fasa ini, kita dapat lihat kerajaan Umaiyah, Abbasiyah dan Uthmaniyah adalah berkuasa dengan menggunakan sistem monarki. Adakah zaman ini sudah berlalu? The answer is YES.

Fasa keempat : Fasa keempat adalah zaman di mana dunia diperintah oleh pemimpin yang sombong dan bermaharajalela. Adakah zaman ini sudah berlalu? The answer is NO. sebab zaman itu adalah zaman sekarang.

Fasa kelima : Pada fasa yg terakhir ini, dunia akan kembali diperintah mengikut cara Nabi berasaskan syariat Islam. Adakah zaman ini sudah berlaku? The answer is NO.

Setelah Nabi habis bercerita tentang fasa yg kelima, Baginda terus diam. Dan diam itu menandakan bahawa SEJARAH MANUSIA TELAHPUN TAMAT.

Rasulullah pernah mengingatkan umatnya yg akan hidup dalam fasa yg keempat bahawa pada fasa ini akan datangnya satu fitnah. Fitnah yg paling besar dalam sejarah ketamadunan hidup manusia. Fitnah apa? Ya. Fitnah Al Masih Ad Dajjal. nauzubillah.

Cuba kita fikir sejenak, Adakah Dajjal akan keluar pada fasa yg kelima? Jawapannya TIDAK kerana pada fasa yg kelima dunia akan kembali diperintah secara aman dan makmur mengikut cara Islam oleh Imam Mahdi dan Nabi Isa. Adakah Dajjal akan keluar selepas fasa kelima? Jawapannya tidak kerana selepas fasa kelima, dunia telah kiamat. Jadi, adakah Dajjal akan keluar pada fasa yg pertama, kedua dan ketiga? Jawapannya juga TIDAK kerana ketiga tiga fasa tersebut sudah berlalu. Jadi? Bila akan hadirnya Dajjal ini? YA. Pada fasa keempat. Bila fasa keempat? SEKARANG wahai sahabat, SEKARANG.

Thursday, 21 March 2013

Andai seorang lelaki@suami tahu...


Andai Seorang lelaki @ suami tahu...


Sememangnya ALLAH SWT menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan (Itulah PERKAHWINAN). 

Perempuan itu diciptakan oleh ALLAH SWT indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Jadi hargailah kehadiran seorang WANITA dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.


Cinta datangnya dari hati kerana cinta berkaitan keserasian hati dua insan. Ketika kita telah menemuinya, maka jagalah dengan berusaha sekuat hati. Jagalah hati pasanganmu. Jika kita inginkan jodoh terbaik maka jadilah yang terbaik kerana jodoh itu sebahagian daripada kita
Allah akan berikan pasangan yang terbaik kepada hambannya, walaupun kadangkala tidak sama dengan doa yang dipanjatkannya.


Tiada manusia yang sempurna. Jika suatu pernikahan itu syaratnya harus membuatkan orang sempurna, maka mungkin tidak ada pernikahan yang berjaya di dunia ini. Ketidaksempurnaan pasangan tidak harus menjadikan alasan dalam pernikahan. Banyak hal di dunia ini yang tetap boleh berjalan walaupun tak sempurna. Bahkan kesempurnaan tak pernah menjamin kebahagiaan.


Memang kadangkala bunga ditaman sebelah itu kelihatan lebih indah… tetapi sebenarnya bunga ditaman sendiri itu lebih berharga.. Jagalah bunga yang telah kita miliki janganlah disia-siakan ia kerana kita akan sangat menyesal ketika kita telah kehilangannya…

Ya Allah…

Aku tidak meminta seseorang yang sempurna dari sisiMu, tidak ya Rabb…
kerana Engkau pun pasti Maha Mengetahui sesungguhnya keadaanku,
Engkau tahu dulu aku ini hanyalah musuhMu yang pernah singgah di jurang nerakaMu,
dan akupun tahu, tiada seorangpun yang sempurna di dunia ini dari kesalahan atau kekurangan,
Maka, aku meminta padaMu seorang yang tak sempurna ya Rabb, Sehingga dia merasa sempurna ketika diriku hadir dalam kehidupannya keranaMu...


Seseorang yang kan kusayangi kerana kelembutan hatinya
Seseorang yang kan kucintai kerana keindahan akhlaknya
Seseorang yang kan kukasihi kerana kehalusan budinya
Seseorang yang kan kukagumi keranakesantunan sikapnya
Seseorang yang kan kupuja kerana kerendahan hati dan kesederhanaannya
Seseorang yang mahu menerimaku seikhlas hatinya…


Yang tak akan pernah ku menduakan cintanya hingga akhir hayatku tiba…

Saturday, 16 March 2013

KAHWIN MUDA...cukupkah sekadar CINTA??





Memang, memang menyegerakan perkahwinan itu disukai Rasulullah.
Bahkan, berkahwin itukan sunnah,
Hadis-hadis Rasulullah s.a.w juga banyak sekali anjuran supaya umat Islam berkahwin. Sebagai contoh, hadis yang bermaksud, “Perkahwinan adalah salah satu sunnahku. Barangsiapa tidak menyukai sunnahku, maka sesungguhnya ia tidak meyukai aku.”

Rasulullah saw bersabda lagi:
“Jika datang kepada kamu pinangan daripada seseorang lelaki yang kamu redha terhadapnya agama dan akhlaknya, hendaklah kamu terima. Kalau kamu menolaknya, padahnya adalah fitnah dan kerosakan di muka bumi.”

Dan post itu dan ini, bukan menghalang perkahwinan.
Post itukan untuk mereka yang belum sedia.
Belum mampu.
Belum cukup umur.
Belum cukup ilmu.
Belum masanya.
Dan post itu bukan untuk menakut-nakut untuk mendirikan masjid.
Bukan.
Bacalah dari kaca mata yang berbeza.
Bukan meletak syarat bukan-bukan.
Kita bukan berbicara tentang mas kahwin, hantaran, pelamin, mak andam.
Bukan!
Ini tentang tanggungjawab, ilmu agama, kehidupan dan perancangan selepas berkahwin. 


Membina masjid, adalah impian semua individu dan merupakan perkara baik yang sangat dituntut dalam Islam.
Cuma, masalah sekarang, muda mudi suka mendirikan masjid, kerana masjid terlihat indah.
Tapi apa persediaan mereka untuk mengekalkan masjid yang dibina?
Apa rencana mereka agar masjid yang dibina dengan gah tidak akhirnya kosong, suram, tanpa iman tanpa amal.

Apa usaha mereka agar masjid itu tidak hanya bermodalkan cinta?
Berkahwin, semata-mata kerana cinta, kerana takut “termaksiat”, “bermaksiat”.
Jujur itu sangat mengecewakan.
Perkahwinan dibina hanya untuk mengelak maksiat.
Tiada niat mengutip pahala.
Tiada niat mengikut sunnah.

Niatnya hanya kerana mahu menghalalkan segala apa yang tidak boleh dalam couple. dan tentang isu ini, saya sangat terkesan dengan ayat Ustaz Hasrizal:
Adik-adikku,
Perkahwinan bukanlah untuk menghalalkan apa yang tidak dihalalkan sebelumnya… semata-mata. Perkahwinan adalah kombinasi cinta, perasaan, keinginan dan tanggungjawab. Perang melawan keinginan nafsu adalah terlalu kecil jika mahu dibandingkan dengan dugaan-dugaan selepas berumahtangga.
Jika daya tahan dirimu terlalu lemah, hingga menolak zina pun jadi masalah… di mana kekuatanmu untuk membina rumah tangga, memimpin keluarga dan menjadi pembentuk manusia berupa anak-anak?

Masih belajar, meminjam dengan ptptn, tiada simpanan, tiada ilmu,tiada apa-apa. Yang ada hanya rasa cinta.
Maka patutkah mereka kahwin awal?
Rezeki selepas kahwin itu akan ada, tetapi Islam menyuruh berusaha sebelum bertawakkal.
Tidak sepatutnya dalam keadaan tidak sedia dan tidak mampu,
Berkahwin dan kemudian bertawakkal soal rezeki.

Jodoh tidak direstui ibu bapa, ibu bapa tidak mengalakkan kerana umur yang muda,
Maka tidak sesuai mereka berkahwin awal.
Mungkin terdorong oleh perasaan, jujur hanya terlalu terbawa-bawa cinta.
Tanpa istikarah, tanpa doa, tanpa muhasabah,
Mereka hanya mahu berkahwin, kerana sudah terseksa menunggu dan derita bercinta tanpa mampu berbuat ‘apa-apa’. 
Tidak risaukah dengan trend kahwin kahwin kerana takut terus bermaksiat ini?
Maknanya, mmg sudah bermaksiat, tapi ringan-ringanlah, ‘takut’ terjebak dengan maksiat2 dahsyat maka mereka hendak sangat-sangat berkahwin..
Untuk menghalalkan apa yang halam, dan supaya apa yang dulunya dosa, kini dibuat tidak lagi menjadi dosa.
Matlamatnya, itu. Semata-mata. Untuk mendapat sijil halal.
Kemudian apa?
Selepas itu, bila berselisih, maka dengan mudah pula menjatuhkan talak?
Senang bersama, senang berpisah.
Maka itu bahayanya berkahwin tanpa ilmu, tanpa agama, hanya berbekal cinta.

Anak muda zaman ini,
Jujurnya, terlalu terbawa-bawa soal cinta.
Islam menyarankan berkahwin awal.
Dan bukan itu bermakna tidak perlu merancang masa hadapan.
Bukan maknanya, kita kahwinlah dulu, yang kemudian itu kemudian…

Yang kemudian itu mmg rahsia dan aturan Allah, tapi apa usaha kita untuk mengharungi yang kemudian itu?
Takkan hanya cinta, pasrah, redha dan tawakkal?
Mana usahanya?
Tanpa ilmu agama.
Tanpa amal.
Maka bagaimana layak untuk kahwin awal?
Diri sendiri, tidak terbimbing, bagaimana mahu membimbing?
Ini bukan syarat pelik-pelik.
Ini cuma untuk renungan dan munasabah diri.
Berkahwin melengkapkan separuh dari agama.
Maka bagaimana status agama orang yang ingin menyegerakan perkahwinan itu sebelum berkahwin?
Tidak ada larangan untuk berkahwin awal.
Untuk yang sudah sedia, sudah layak, sudah mampu, yang yang paling utama agaknya; yang sudah bertemu cinta hati,
Maka berkahwinlah kamu.
Ikutlah sunnah Nabi itu, dan lengkaplah separuh dari agamamu itu.
Siapa pun pasti menginginkan kebahagiaan itu.
Menikahi insan yang dicintai, hidup bersama.
Tapi jangan lupa, perkahwinan harus dirancang hingga ke syurga, bukan sehari dua.

Bagi sudah terbius cinta,
Sudah tersangat-sangat cinta,
Namun sebenar-benarnya belum sedia,
Bukan hanya belum direstui dan diredhai ibu bapa,
Bahkan belum beristikarah meminta petunjukNYA,
Ambillah sedikit masa, sejenak dari hari kamu, untuk memuhasabah diri,
Untuk duduk memikirkan masa depan kamu.
Bagaimana kamu ingin mengekalkan dan mengisi rumah tangga yang bakal dibina.
Bagaimana mahu mengisi perut anak isteri,
Bagaimana mahu menghadapi masa hadapan.
Tidak boleh hanya berbekal cinta!
Bagi wanita,
Tanya diri, sudah sediakah aku menjadi isteri, menjadi ibu?
Bagi lelaki,
Tanyalah diri, sudah siapkah aku menjadi suami, menjadi imam dan tulang belakang seorang perempuan yang aku cintai?
Menjadi ketua keluarga, memikul amanah dan tanggungjawab dari pihak ibu bapa dan darinya?

Bila sudah sedia, berkahwinlah!
Semoga kamu memperoleh bahagia, dunia dan akhirat, bersama si dia yang kamu cintai.
Jujur, saya bukan orang yang terbaik mengulas isu ini.
Bukan saya orangnya.
Ada yang lebih layak, lebih arif, bahkan lebih baik ulasannya.
Cuma berkongsi pandangan dari sudut yang berbeza.
Bukan cemburu, menghalang mereka yang ingin berkahwin muda kerana cinta.
ini cuma pandangan yang risau melihatkan gejala maksiat yang berleluasa.
Namun kerisauan bertambah melihat statistik kahwin cerai yang meningkat,
Dan rumah tangga yang porak peranda, tanpa ilmu agama, tanpa bekal secukupnya,
Hanya terbina semata-mata dengan cinta nafsu remaja.


Supaya anak muda yang gatal bercinta di celah cita-cita dapat menampar pipi masing-masing agar celik mata melihat ke depan. Jika menolak zina pun jadi kepayahan, halau dirimu dari cinta dan perkahwinan. Bosan saya melihat jiwa lemah yang merengek-rengek meminta ihsan.Jika mahu bercinta, jangan merancang hanya ke pelamin. Masukkan sekali urusan lampin.Kerana rumahtangga bukan utopia Cloud 9. Ia adalah kombinasi suka dan duka. Sesungguhnya cabaran selepas berkahwin adalah jauh lebih berat berbanding dengan sekadar cabaran mengelak dari zina sebelum kahwin. Jika ini pun gagal, muhasabahlah diri segera sebelum melangkah ke usia dewasa yang lebih mencabar itu.
selamat bermuhasabah diri! ^_^

~may Allah bless all of us, and May Allah Guide us to the straight path. InsyAllah...~


Tuesday, 12 March 2013

Tugas kita adalah Sabar..Redha...




Sabarlah duhai hati…


Tak perlu kau tagih cinta manusiawi yang bersifat sementara.
Ada cinta yang lebih kekal abadi buat dirimu.


Ada cinta yang bisa membuatkan kau mengalirkan airmata ketika hati merindui.


Ada cinta yang mampu memberikan ketenangan pada jiwamu ketika kamu dilanda keresahan.


Ada cinta yang boleh kau jadikan tempat merintih bila kesedihan datang menjenguk.


Ada cinta yang mampu memberikan apa sahaja yang kamu inginkan.

Namun, kadang-kadang cintamu itu pasti diuji.


Sekuat manakah cintamu pada-Nya, sehebat manakah kasih kamu pada-Nya.
Ujian datang dalam pelbagai cara.


Hatta sekecil-kecil perkara untuk menilai kesetiaanmu pada-Nya.
Andai kata kuat dan tetap hatimu pada-Nya, maka bergembiralah.


Jika hatimu goyah dan meragui kasih sayang-Nya selepas didatangkan ujian pada dirimu, maka sedarlah bahawa nilai cintamu disisi-Nya masih lemah.

Kembalilah pada cinta-Nya yang lebih agung dari kecintaanmu buat dunia dan isinya.


Sudah menjadi sunnah-Nya, setiap yang bergelar mukmin pasti akan diuji.

Dari ujian itulah, Dia mencari hamba-hamba-Nya yang benar-benar mendambakan keredhaan dari-Nya.


Apakah kau sanggup menghadapi segalaan ujian itu?
Namun, tidak ramai yang mahu mencari cinta yang kekal abadi ini kerana tidak mahu dilanda ujian-ujian ini.



Tidak ramai yang mahu mengeluarkan keringat hatta darah sekalipun untuk merasai manisnya cinta yang bertunjangkan kekuatan aqidah terhadap yang Khalid ini.


Maka sabarlah duhai hati.
Apabila telah kau rasakan manisnya cinta dari sang Pencipta,
maka tak perlu lagi kau kejar cinta manusiawi yang rata-ratanya berlandaskan nafsu semata.


Bila telah kau tetapkan hati untuk mencintai Tuhan sekalian alam, maka itulah sebenar-benarnya kecintaan yang sejati.


Dan dalam perjalanan menelusuri denai cintai terhadap-Nya yang sudah pasti disaluti onak dan duri,
akan didatangkan seorang yang turut sama mencintai-Nya sebagaimana dirimu juga.


Sebagai peneman dan yang akan menyempurnakan sebahagian daripada imanmu.


Yang padanya ada ketenangan dan kebahagiaan berpaksikan Tuhan yang Maha Satu.


Maka sabarlah duhai hati.
Tidak perlu kau gundah gulana andainya kau masih tidak berkasih dengan manusia.


Dia akan datang. Itu sudah pasti.
Namun datangnya tiada siapa yang tahu kecuali Dia sang Pencipta cinta itu.
Moga datangnya cinta insani itu, akan menguatkan lagi kecintaanmu buat sang Pencipta cinta itu sendiri.


Kerana jiwa yang sepi tanpa cinta dan kasih dari-Nya, adalah umpama padang pasir yang kegersangan.

Tuesday, 5 February 2013

Bingkisan buat ukhtiku...



Ukhti..
sungguh indah hidup setelah menikah..
apa yang sebelumnya haram menjadi halal..
semua perbuatannya mendapat pahala yang berlimpah di sisi-Nya..
suka duka dilalui berdua..
senang sedih ada yang menemani..
tawa tangis pun bersama..
Ukhti..
menikah adalah setengah dien..
dan ia menggenapkan dien menjadi satu…
sungguh, menikah seperti melihat dunia lain..
yang tiada pernah dikunjungi sebelumnya…
apa yang tidak bisa dilihat sebelum menikah..
kini tidak lagi..

seakan membuka mata kanan..
yang sebelumnya belum pernah dibuka..
begitu luas, begitu indah..
hingga Rasul pun menyunnahkan suatu pernikahan ini:
"bukan termasuk ummatku, jika ia berkeinginan tidak menikah…"

Ukhti..
menikah adalah keputusan besar dari suatu perjanjian berat..
pernah ada yang berkata..
"saat akad diucapkan Arsy tertinggi bergoncang kerana suatu perjanjian
berat diucapkan, kerana itu saat akad terjadi ada tangis disana..tangis
suka, tangis duka…"
Allah menjadi saksi kerana Dia Yang Maha Melihat lagi Menatap
dan setiap undangan yang datang akan mendoakan pernikahan ini..

Ukhti..yang sedang menanti ''kekasih''..
nantilah dengan sabar…
sungguh, Allah Maha Mengetahui yang terbaik untuk dirimu..
siapkan dirimu, hatimu..
sangat mudah bagi-Nya memberikan ''kekasih'' untukmu..
ataupun tidak berharap..
dan mintalah pada-Nya..
pemilik alam raya dan pencipta ''kekasih''mu..

Ukhti..yang sedang menjelang akad..
berdoalah selalu pada-Nya..
penentu segalaNya…
mohon petunjuk-Nya jika ''kekasih'' yang hadir itu adalah yang terbaik untukmu..
kemudahan, juga kelancaran dalam peristiwa besar nanti..
sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui yang terbaik untuk dirimu..
siapkan dirimu, hatimu...

Ukhti..yang telah menikah..
jagalah nikmat-Nya yang besar ini..
hanya dengan izin-Nya dirimu dan ''kekasih''mu bersatu..
tiada yang lain…
jadilah penyejuk hati dan pandangannya..
menjadi isteri solehah dambaan..
Ukhti..
bahagiamu adalah bahagiaku..
sedihmu juga sedihku..
tawamu, tawaku juga..
tangismu adalah tangisku..
semoga Allah Yang Maha Indah..
memudahkan langkah ini..
memberikan yang terbaik menurut-Nya..
dan menjadikan ia wanita solehah dan isteri solehah dan..
kemudian ibu mithali utk anak-anak bersama…
Amin ya Allah..amin ya Rahman..amin ya Rahim..

andai bercinta sebelum nikah..
maka dirimu memilih kesusahan..
jangan marah pada Allah..
andai pernikahan tidak aman..


Tuesday, 30 October 2012

ALLAH...dekati diriku...




‎-DOA RABIATUL AL ADAWIYAH-

"Tuhanku, apa saja yang Engkau hendak kurniakan kepadaku berkenaan dunia, berikanlah kepada musuhku dan apa saja kebaikan yang Engkau hendak kurniakan kepadaku berkenaan akhirat, berikanlah kepada orang-orang yang beriman, kerana aku hanya hendakkan Engkau kerana Engkau. Biarlah aku tidak dapat syurga atau neraka. Aku hendak pandangan Engkau padaku sahaja. Doaku pada-Mu ialah sepanjang hayatku, berilah aku dapat mengingati-Mu dan apabila mati kelak berilah aku dapat memandang-Mu."


Pabila diri terleka dengan keasyikan dunia, Hanyut dibuai keseronokan yang sementara...

Sungguh hati terasa kosong!! terasa jauh dari Allah...risau kalau-kalau Allah dah tak sudi pandang...Astaghfirullah...

Allah Maha Baik, menegur hambaNya dengan kelembutan...Subhanallah...

~ ♥ Sama-samalah kita berusaha menjadi seseorang yang memeriahkan hidup dengan roh ukhuwah,
Lidahnya basah dengan DAKWAH,
Hatinya tenang dengan zikrullah...
Malamnya hangat dengan muhasabah,
Ikrarnya untuk hidup dan mati demi Allah membentuk sahsiah yang tinggi dan terpuji... ♥ ~