...Sesekali menangis, percayalah . bukan Allah tidak tahu betapa hancur dan luluhnya hati kita menanggung kecewa dan keperitan, tetapi Dia mahu kita rapat padaNya, lantaran hati-hati sebeginilah yang lebih lunak untuk diujinya ~ Jangan Bersedih,Allah Bersama Kita :') "Dear Allah...Make me strong, please (T__T)"

Saturday 16 March 2013

KAHWIN MUDA...cukupkah sekadar CINTA??





Memang, memang menyegerakan perkahwinan itu disukai Rasulullah.
Bahkan, berkahwin itukan sunnah,
Hadis-hadis Rasulullah s.a.w juga banyak sekali anjuran supaya umat Islam berkahwin. Sebagai contoh, hadis yang bermaksud, “Perkahwinan adalah salah satu sunnahku. Barangsiapa tidak menyukai sunnahku, maka sesungguhnya ia tidak meyukai aku.”

Rasulullah saw bersabda lagi:
“Jika datang kepada kamu pinangan daripada seseorang lelaki yang kamu redha terhadapnya agama dan akhlaknya, hendaklah kamu terima. Kalau kamu menolaknya, padahnya adalah fitnah dan kerosakan di muka bumi.”

Dan post itu dan ini, bukan menghalang perkahwinan.
Post itukan untuk mereka yang belum sedia.
Belum mampu.
Belum cukup umur.
Belum cukup ilmu.
Belum masanya.
Dan post itu bukan untuk menakut-nakut untuk mendirikan masjid.
Bukan.
Bacalah dari kaca mata yang berbeza.
Bukan meletak syarat bukan-bukan.
Kita bukan berbicara tentang mas kahwin, hantaran, pelamin, mak andam.
Bukan!
Ini tentang tanggungjawab, ilmu agama, kehidupan dan perancangan selepas berkahwin. 


Membina masjid, adalah impian semua individu dan merupakan perkara baik yang sangat dituntut dalam Islam.
Cuma, masalah sekarang, muda mudi suka mendirikan masjid, kerana masjid terlihat indah.
Tapi apa persediaan mereka untuk mengekalkan masjid yang dibina?
Apa rencana mereka agar masjid yang dibina dengan gah tidak akhirnya kosong, suram, tanpa iman tanpa amal.

Apa usaha mereka agar masjid itu tidak hanya bermodalkan cinta?
Berkahwin, semata-mata kerana cinta, kerana takut “termaksiat”, “bermaksiat”.
Jujur itu sangat mengecewakan.
Perkahwinan dibina hanya untuk mengelak maksiat.
Tiada niat mengutip pahala.
Tiada niat mengikut sunnah.

Niatnya hanya kerana mahu menghalalkan segala apa yang tidak boleh dalam couple. dan tentang isu ini, saya sangat terkesan dengan ayat Ustaz Hasrizal:
Adik-adikku,
Perkahwinan bukanlah untuk menghalalkan apa yang tidak dihalalkan sebelumnya… semata-mata. Perkahwinan adalah kombinasi cinta, perasaan, keinginan dan tanggungjawab. Perang melawan keinginan nafsu adalah terlalu kecil jika mahu dibandingkan dengan dugaan-dugaan selepas berumahtangga.
Jika daya tahan dirimu terlalu lemah, hingga menolak zina pun jadi masalah… di mana kekuatanmu untuk membina rumah tangga, memimpin keluarga dan menjadi pembentuk manusia berupa anak-anak?

Masih belajar, meminjam dengan ptptn, tiada simpanan, tiada ilmu,tiada apa-apa. Yang ada hanya rasa cinta.
Maka patutkah mereka kahwin awal?
Rezeki selepas kahwin itu akan ada, tetapi Islam menyuruh berusaha sebelum bertawakkal.
Tidak sepatutnya dalam keadaan tidak sedia dan tidak mampu,
Berkahwin dan kemudian bertawakkal soal rezeki.

Jodoh tidak direstui ibu bapa, ibu bapa tidak mengalakkan kerana umur yang muda,
Maka tidak sesuai mereka berkahwin awal.
Mungkin terdorong oleh perasaan, jujur hanya terlalu terbawa-bawa cinta.
Tanpa istikarah, tanpa doa, tanpa muhasabah,
Mereka hanya mahu berkahwin, kerana sudah terseksa menunggu dan derita bercinta tanpa mampu berbuat ‘apa-apa’. 
Tidak risaukah dengan trend kahwin kahwin kerana takut terus bermaksiat ini?
Maknanya, mmg sudah bermaksiat, tapi ringan-ringanlah, ‘takut’ terjebak dengan maksiat2 dahsyat maka mereka hendak sangat-sangat berkahwin..
Untuk menghalalkan apa yang halam, dan supaya apa yang dulunya dosa, kini dibuat tidak lagi menjadi dosa.
Matlamatnya, itu. Semata-mata. Untuk mendapat sijil halal.
Kemudian apa?
Selepas itu, bila berselisih, maka dengan mudah pula menjatuhkan talak?
Senang bersama, senang berpisah.
Maka itu bahayanya berkahwin tanpa ilmu, tanpa agama, hanya berbekal cinta.

Anak muda zaman ini,
Jujurnya, terlalu terbawa-bawa soal cinta.
Islam menyarankan berkahwin awal.
Dan bukan itu bermakna tidak perlu merancang masa hadapan.
Bukan maknanya, kita kahwinlah dulu, yang kemudian itu kemudian…

Yang kemudian itu mmg rahsia dan aturan Allah, tapi apa usaha kita untuk mengharungi yang kemudian itu?
Takkan hanya cinta, pasrah, redha dan tawakkal?
Mana usahanya?
Tanpa ilmu agama.
Tanpa amal.
Maka bagaimana layak untuk kahwin awal?
Diri sendiri, tidak terbimbing, bagaimana mahu membimbing?
Ini bukan syarat pelik-pelik.
Ini cuma untuk renungan dan munasabah diri.
Berkahwin melengkapkan separuh dari agama.
Maka bagaimana status agama orang yang ingin menyegerakan perkahwinan itu sebelum berkahwin?
Tidak ada larangan untuk berkahwin awal.
Untuk yang sudah sedia, sudah layak, sudah mampu, yang yang paling utama agaknya; yang sudah bertemu cinta hati,
Maka berkahwinlah kamu.
Ikutlah sunnah Nabi itu, dan lengkaplah separuh dari agamamu itu.
Siapa pun pasti menginginkan kebahagiaan itu.
Menikahi insan yang dicintai, hidup bersama.
Tapi jangan lupa, perkahwinan harus dirancang hingga ke syurga, bukan sehari dua.

Bagi sudah terbius cinta,
Sudah tersangat-sangat cinta,
Namun sebenar-benarnya belum sedia,
Bukan hanya belum direstui dan diredhai ibu bapa,
Bahkan belum beristikarah meminta petunjukNYA,
Ambillah sedikit masa, sejenak dari hari kamu, untuk memuhasabah diri,
Untuk duduk memikirkan masa depan kamu.
Bagaimana kamu ingin mengekalkan dan mengisi rumah tangga yang bakal dibina.
Bagaimana mahu mengisi perut anak isteri,
Bagaimana mahu menghadapi masa hadapan.
Tidak boleh hanya berbekal cinta!
Bagi wanita,
Tanya diri, sudah sediakah aku menjadi isteri, menjadi ibu?
Bagi lelaki,
Tanyalah diri, sudah siapkah aku menjadi suami, menjadi imam dan tulang belakang seorang perempuan yang aku cintai?
Menjadi ketua keluarga, memikul amanah dan tanggungjawab dari pihak ibu bapa dan darinya?

Bila sudah sedia, berkahwinlah!
Semoga kamu memperoleh bahagia, dunia dan akhirat, bersama si dia yang kamu cintai.
Jujur, saya bukan orang yang terbaik mengulas isu ini.
Bukan saya orangnya.
Ada yang lebih layak, lebih arif, bahkan lebih baik ulasannya.
Cuma berkongsi pandangan dari sudut yang berbeza.
Bukan cemburu, menghalang mereka yang ingin berkahwin muda kerana cinta.
ini cuma pandangan yang risau melihatkan gejala maksiat yang berleluasa.
Namun kerisauan bertambah melihat statistik kahwin cerai yang meningkat,
Dan rumah tangga yang porak peranda, tanpa ilmu agama, tanpa bekal secukupnya,
Hanya terbina semata-mata dengan cinta nafsu remaja.


Supaya anak muda yang gatal bercinta di celah cita-cita dapat menampar pipi masing-masing agar celik mata melihat ke depan. Jika menolak zina pun jadi kepayahan, halau dirimu dari cinta dan perkahwinan. Bosan saya melihat jiwa lemah yang merengek-rengek meminta ihsan.Jika mahu bercinta, jangan merancang hanya ke pelamin. Masukkan sekali urusan lampin.Kerana rumahtangga bukan utopia Cloud 9. Ia adalah kombinasi suka dan duka. Sesungguhnya cabaran selepas berkahwin adalah jauh lebih berat berbanding dengan sekadar cabaran mengelak dari zina sebelum kahwin. Jika ini pun gagal, muhasabahlah diri segera sebelum melangkah ke usia dewasa yang lebih mencabar itu.
selamat bermuhasabah diri! ^_^

~may Allah bless all of us, and May Allah Guide us to the straight path. InsyAllah...~


No comments:

Post a Comment