...Sesekali menangis, percayalah . bukan Allah tidak tahu betapa hancur dan luluhnya hati kita menanggung kecewa dan keperitan, tetapi Dia mahu kita rapat padaNya, lantaran hati-hati sebeginilah yang lebih lunak untuk diujinya ~ Jangan Bersedih,Allah Bersama Kita :') "Dear Allah...Make me strong, please (T__T)"

Thursday, 10 November 2011

ANDA BOLEH BUAT MAKSIAT,TETAPI DENGAN SYARAT.....







ANDA BOLEH BUAT MAKSIAT,TETAPI DENGAN SYARAT.....

1- JANGAN KAMU MAKAN REZEKI ALLAH... kerana tidak layak orang yang makan rezeki Allah derhaka kepada Allah...

2-JANGAN KAMU TINGGAL DI BUMI ALLAH...kerana tidak layak orang yang tinggal di bumi Allah melakukan maksiat dan penderhakaan kepadaNya...

3-BUATLAH MAKSIAT di tempat yang Allah tidak nampak akan kamu....

4-SEKIRANYA MALAIKAT MAUT datang hendak mencabut nyawa kamu, maka katakan kepada malaikat maut untuk menangguhkan sedikit masa lagi umurmu supaya engkau sempat bertaubat...sekiranya engkau dapat berbuat demikian,maka dipersilakan untuk berbuat maksiat...

5-SEKIRANYA MALAIKAT ZABANIAH PENJAGA NERAKA DATANG hendak mengheretmu ke neraka,maka katakan padanya bahawa kamu tidak akan mengikutinya...sekiranya engkau dapat berbuat demikian, maka dipersilakan untuk membuat maksiat kepada Allah.....

"SEKSAAN NERAKA ITU DILIPATGANDAKAN DENGAN AIR MENDIDIH YANG SANGAT PANAS...JIKA SETITIS DARIPADANYA JATUH KE BUMI...MAKA CAIRLAH DUNIA KESELURUHANNYA"




No comments:

Post a Comment