...Sesekali menangis, percayalah . bukan Allah tidak tahu betapa hancur dan luluhnya hati kita menanggung kecewa dan keperitan, tetapi Dia mahu kita rapat padaNya, lantaran hati-hati sebeginilah yang lebih lunak untuk diujinya ~ Jangan Bersedih,Allah Bersama Kita :') "Dear Allah...Make me strong, please (T__T)"

Tuesday, 12 March 2013

Tugas kita adalah Sabar..Redha...




Sabarlah duhai hati…


Tak perlu kau tagih cinta manusiawi yang bersifat sementara.
Ada cinta yang lebih kekal abadi buat dirimu.


Ada cinta yang bisa membuatkan kau mengalirkan airmata ketika hati merindui.


Ada cinta yang mampu memberikan ketenangan pada jiwamu ketika kamu dilanda keresahan.


Ada cinta yang boleh kau jadikan tempat merintih bila kesedihan datang menjenguk.


Ada cinta yang mampu memberikan apa sahaja yang kamu inginkan.

Namun, kadang-kadang cintamu itu pasti diuji.


Sekuat manakah cintamu pada-Nya, sehebat manakah kasih kamu pada-Nya.
Ujian datang dalam pelbagai cara.


Hatta sekecil-kecil perkara untuk menilai kesetiaanmu pada-Nya.
Andai kata kuat dan tetap hatimu pada-Nya, maka bergembiralah.


Jika hatimu goyah dan meragui kasih sayang-Nya selepas didatangkan ujian pada dirimu, maka sedarlah bahawa nilai cintamu disisi-Nya masih lemah.

Kembalilah pada cinta-Nya yang lebih agung dari kecintaanmu buat dunia dan isinya.


Sudah menjadi sunnah-Nya, setiap yang bergelar mukmin pasti akan diuji.

Dari ujian itulah, Dia mencari hamba-hamba-Nya yang benar-benar mendambakan keredhaan dari-Nya.


Apakah kau sanggup menghadapi segalaan ujian itu?
Namun, tidak ramai yang mahu mencari cinta yang kekal abadi ini kerana tidak mahu dilanda ujian-ujian ini.



Tidak ramai yang mahu mengeluarkan keringat hatta darah sekalipun untuk merasai manisnya cinta yang bertunjangkan kekuatan aqidah terhadap yang Khalid ini.


Maka sabarlah duhai hati.
Apabila telah kau rasakan manisnya cinta dari sang Pencipta,
maka tak perlu lagi kau kejar cinta manusiawi yang rata-ratanya berlandaskan nafsu semata.


Bila telah kau tetapkan hati untuk mencintai Tuhan sekalian alam, maka itulah sebenar-benarnya kecintaan yang sejati.


Dan dalam perjalanan menelusuri denai cintai terhadap-Nya yang sudah pasti disaluti onak dan duri,
akan didatangkan seorang yang turut sama mencintai-Nya sebagaimana dirimu juga.


Sebagai peneman dan yang akan menyempurnakan sebahagian daripada imanmu.


Yang padanya ada ketenangan dan kebahagiaan berpaksikan Tuhan yang Maha Satu.


Maka sabarlah duhai hati.
Tidak perlu kau gundah gulana andainya kau masih tidak berkasih dengan manusia.


Dia akan datang. Itu sudah pasti.
Namun datangnya tiada siapa yang tahu kecuali Dia sang Pencipta cinta itu.
Moga datangnya cinta insani itu, akan menguatkan lagi kecintaanmu buat sang Pencipta cinta itu sendiri.


Kerana jiwa yang sepi tanpa cinta dan kasih dari-Nya, adalah umpama padang pasir yang kegersangan.

Tuesday, 5 February 2013

Bingkisan buat ukhtiku...



Ukhti..
sungguh indah hidup setelah menikah..
apa yang sebelumnya haram menjadi halal..
semua perbuatannya mendapat pahala yang berlimpah di sisi-Nya..
suka duka dilalui berdua..
senang sedih ada yang menemani..
tawa tangis pun bersama..
Ukhti..
menikah adalah setengah dien..
dan ia menggenapkan dien menjadi satu…
sungguh, menikah seperti melihat dunia lain..
yang tiada pernah dikunjungi sebelumnya…
apa yang tidak bisa dilihat sebelum menikah..
kini tidak lagi..

seakan membuka mata kanan..
yang sebelumnya belum pernah dibuka..
begitu luas, begitu indah..
hingga Rasul pun menyunnahkan suatu pernikahan ini:
"bukan termasuk ummatku, jika ia berkeinginan tidak menikah…"

Ukhti..
menikah adalah keputusan besar dari suatu perjanjian berat..
pernah ada yang berkata..
"saat akad diucapkan Arsy tertinggi bergoncang kerana suatu perjanjian
berat diucapkan, kerana itu saat akad terjadi ada tangis disana..tangis
suka, tangis duka…"
Allah menjadi saksi kerana Dia Yang Maha Melihat lagi Menatap
dan setiap undangan yang datang akan mendoakan pernikahan ini..

Ukhti..yang sedang menanti ''kekasih''..
nantilah dengan sabar…
sungguh, Allah Maha Mengetahui yang terbaik untuk dirimu..
siapkan dirimu, hatimu..
sangat mudah bagi-Nya memberikan ''kekasih'' untukmu..
ataupun tidak berharap..
dan mintalah pada-Nya..
pemilik alam raya dan pencipta ''kekasih''mu..

Ukhti..yang sedang menjelang akad..
berdoalah selalu pada-Nya..
penentu segalaNya…
mohon petunjuk-Nya jika ''kekasih'' yang hadir itu adalah yang terbaik untukmu..
kemudahan, juga kelancaran dalam peristiwa besar nanti..
sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui yang terbaik untuk dirimu..
siapkan dirimu, hatimu...

Ukhti..yang telah menikah..
jagalah nikmat-Nya yang besar ini..
hanya dengan izin-Nya dirimu dan ''kekasih''mu bersatu..
tiada yang lain…
jadilah penyejuk hati dan pandangannya..
menjadi isteri solehah dambaan..
Ukhti..
bahagiamu adalah bahagiaku..
sedihmu juga sedihku..
tawamu, tawaku juga..
tangismu adalah tangisku..
semoga Allah Yang Maha Indah..
memudahkan langkah ini..
memberikan yang terbaik menurut-Nya..
dan menjadikan ia wanita solehah dan isteri solehah dan..
kemudian ibu mithali utk anak-anak bersama…
Amin ya Allah..amin ya Rahman..amin ya Rahim..

andai bercinta sebelum nikah..
maka dirimu memilih kesusahan..
jangan marah pada Allah..
andai pernikahan tidak aman..


Tuesday, 30 October 2012

ALLAH...dekati diriku...




‎-DOA RABIATUL AL ADAWIYAH-

"Tuhanku, apa saja yang Engkau hendak kurniakan kepadaku berkenaan dunia, berikanlah kepada musuhku dan apa saja kebaikan yang Engkau hendak kurniakan kepadaku berkenaan akhirat, berikanlah kepada orang-orang yang beriman, kerana aku hanya hendakkan Engkau kerana Engkau. Biarlah aku tidak dapat syurga atau neraka. Aku hendak pandangan Engkau padaku sahaja. Doaku pada-Mu ialah sepanjang hayatku, berilah aku dapat mengingati-Mu dan apabila mati kelak berilah aku dapat memandang-Mu."


Pabila diri terleka dengan keasyikan dunia, Hanyut dibuai keseronokan yang sementara...

Sungguh hati terasa kosong!! terasa jauh dari Allah...risau kalau-kalau Allah dah tak sudi pandang...Astaghfirullah...

Allah Maha Baik, menegur hambaNya dengan kelembutan...Subhanallah...

~ ♥ Sama-samalah kita berusaha menjadi seseorang yang memeriahkan hidup dengan roh ukhuwah,
Lidahnya basah dengan DAKWAH,
Hatinya tenang dengan zikrullah...
Malamnya hangat dengan muhasabah,
Ikrarnya untuk hidup dan mati demi Allah membentuk sahsiah yang tinggi dan terpuji... ♥ ~




Sunday, 30 September 2012

Buat Diri yang Sering Lupa...




"Allah adalah segala- galanya bagi kita.. Tarbiyah pula merupakan penghubung antara kita dengan Allah.. Jika kita terhenti tarbiyah, maka kita akan kehilangan segala- galanya iaitu Allah swt.." 

Pesan buat diriku yang sering lupa...


~Jangan gadaikan kebahagiaan hakiki demi kebahagian sementara.. Bersabarlah.. 

Jangan gadaikan iman dengan nafsu.. Mujahadahlah..


Jangan gadaikan akhirat dengan dunia.. Bertahanlah.. 

Sungguh, tiada hal yang sia2.. Pasti ada rencana Al- KhaliQ buatmu.. 


Yakinlah..~ 
Bersabarlah kita…

"Kerana kemuliaan dari kesedihan adalah ketika ia berjuang demi membahagiakan orang lain. InsyaAllah, kita akan bersama berkumpul nanti di dalam rumah yang megah dan mewah juga indah dan penuh dengan kenyamanan dalam kesempatan yang lebih baik lagi dari hari ini, Ameen...

"

Friday, 28 September 2012

Nota Cinta...



Terima kasih untuk ukhwah ini,
terima kasih kerana meminjamkan telinga,
bila diri ku meluahkan rasa,
meminjamkan bahu,untuk sama2 menanggung..

Terima kasih sahabat,
terima kasih kerana menjadi 'kaunselor',
bila diri diruntun sayu,bila diri dalam duka
ditimpa bermacam ujian,bila diri dalam kekurangan,
kau dengan kata2 semangat dan nasihat, meyakinkan ku
akan makna sebuah ukhwah..terima kasih Ya Robb..


Sahabat,
biarlah ukhwah yang dibina,bagai seutas tasbih,
ada awal,tiada penghujung..dicipta untuk mengingatinya,
dicantum untuk dicintainya..diratib demi redhaNya..

Terima kasih sahabat,
menjadi kakak,untuk menasihatiku,
menjadi guru, untuk mendidik ku..
menjadi adik untuk menceriakan ku..


ukhwah yang dibina,
bukan mengharapkan balasan sebagai 'hadiah'nya,
cukuplah ikhlas kerana Allah Taala..
kerana:

" Hubungan kamu dengan sahabat kamu adalah tanggungjawab
kamu kepada Allah..kamu tidak mengharapkan balasan daripada sahabat
kamu atas kebaikkan kamu..tetapi kamu mengharapkan balasan Allah atas kebaikan
kamu..hubungan sahabat kamu terhadap kamu pula, itu adalah tanggungjawab dia
kepada Allah.."

Maaf..maaf..maaf,
kerana tidak mampu lakukan yang terbaik..
kerana diri ini tidak mampu mengikut kehendak kalian,
tidak mampu menggembirakan kalian..
maaf dan ku dah cuba yang terbaik dalam ukhwah ini..
moga ukhwah kita hingga bertemuNya.
maaf dan ku juga memaafkanmu..

sahabat,
yang ku pinta,biarlah ukhwah kita mendapat nilaian disisiNya..
ku doa dari kejauhan, biar bicara tanpa suara,
moga kalian kuat dijalanNya..
moga kalian dipermudahkan segalanya...
walaupun dirimu jauh di sisiku..
tetap dalam doaku,tetap dalam ingatan ku..

"...Terima Kasih atas Ukhwah ini..Ukhwah Fillah Abadan abada.."


Nota cinta^^:

* Semoga ukhwah yang dibina keranaNya sehingga bertemuNya...

* Apalah ertinya sebuah perhubungan, jika tiada ketaatan kepadaNya..

* Ku pasti merinduimu..merindui kata semangat dan nasihatmu..

* Ukhwah itu Indah,apabila bertemu dan berpisah kerana Allah..~

Wednesday, 26 September 2012

Syarat Buat Bakal Menantuku...





Syarat Buat Bakal Menantuku

Bakal Menantuku,
Tiba saatnya nanti,
Kuserahkan puteriku sebagai amanah,
Kerana kuhormati tuntutan fitrah,
Hiasilah hidupnya dengan hasanah,
Pandulah cintanya menuju jannah.

Dia puteri kesayanganku,
Melepaskannya tak semudah itu,
Dengarkan terus bicaraku,
Ada syarat sebelum kumerestu.

Bakal Menantuku,
Cinta yang kau tawarkan penuh bahagia,
Tiada hati lain yang terluka,
Tiada cinta lain rasa dikhianati,
Tiada anak isteri terasa sepi.

Bakal Menantuku,              
Kuingin  menjadi ayah sewibawa Rasulullah,
Tak rela semua puterinya dimadukan,
Baginda tahu risiko kepayahan,
Tak mahu menantunya kelelahan,
Kerana ia bukan keistimewaan,
Tapi tanggung jawab yang membeban.

Bakal Menantuku,
Berjanjilah padaku  dengan syarat ta’liq,
BEBASKAN PUTERIKU,   
Jika nanti kau ingin duakannya tanpa rela,
Izinkan cintanya berlabuh,
Buat lelaki yang setianya teguh.

Bakal Menantuku,
Semua puteri Rasulullah tidak bermadu,

Begitu jugalah fitrah puteriku,

Allah memberikan pilihan,


Kerana Dia hormat fitrah hati perasaan,
Jika kau enggan, gugurlah penerimaan. 





Bakal Menantuku,

Kuingin dia menjadi bidadarimu di sana, 
Jangan sukarkan ujian hidupnya, 
Dengan cinta lain yang kau undang bersama, 
Kerana fitrah tumpuan cinta, tiada dua, 
Bimbang rosak agamanya kerana kecewa. 


Bakal Menantuku, 
Kukenali puteriku berakhlak mulia, 
Kukenali puteriku tekun beragama, 
Perteguhkanlah dia dengan ketinggiannya, 
Hidup beragama selama-lamanya, 
Jangan cintanya kau persia, 

Sudikah syaratku kau terima? 


[USTAZAH FATIMAH SYARHA-SEBARKAN CINTAMU...]


...sudikah kamu wahai lelaki sekiranya syarat ini menjadi syarat utama seorang ayah kepada menantunya????...jika isteri itu sudah sempurna sifatnya,tidak lalai pada tanggungjawab,segala keperluan kamu sentiasa terisi...dialah ibu kepada anak-anakmu tanpa sedikit keluhan semasa membesarkan zuriatnya...dialah isteri yang malamnya sentiasa menemani mu...ketika bertahajud...seorang teman yang bila sedihnya kamu,dia sentiasa memegang bahu kamu dan sentiasa mengucap kata semangat...jadi...perlukah mencari cinta lain yang belum pasti cinta baru itu akan sesempurna cinta si isteri itu???saatnya kamu ingin menikahi seorang gadis...pasti kerisauan akan terjadi kepada si ayah...adakah sudah cukup didikan aku berikan kepada puteriku???..adakah puteriku akan menjadi wanita syurga setelah dia taat kepadaku dan juga suaminya???...begitulah kerisauan seorang ayah yang ingin menyerahkan tanggungjawab mendidik puterinya kepada seorang lelaki yang cintanya menjadi fitrah...


...baca...renung..dan mari manfaat bersama...moga menjadi suami soleh kepada puteri yang solehah...dan moga menjadi isteri solehah buat putera yang soleh..insyaAllah... :)



..Hanya padaMU...cintai Ilahi♥♥♥...




Puas sudah,

Kucari kebahagian,
Di sisi teman teman,
Ku dapat hanya kelalaian,

Ku cari lagi,
Di hati seorang kekasih,
Ku dapat hanya kekecewaan,
Dan ku terus mencari,
Dalam meniti hari,
Penuh kekosongan...

Oh, di mana lagi harus ku mencari,
Membawa sekeping hati,
Yang sarat kerinduaan,
Rindu yang tiada haluan,
Aku keliru sendiri,
Apa yang kucari?
Apa yang ku perlukan?
Aku masih xbisa mengerti,
Yang pasti,
Kekosongan hati ini minta diisi.

Sejenak ku tersedar,
Aku mencari cinta agung,
Buat jiwaku yang merindukan,
Hakikat kebenaran,
Cahaya yang membelah kegelapan,
Melimpah cemerlang mengisi Kekosongan.

Ku sedar,
Destinasi pencarianku disini,
Ku mencari-Mu Tuhan,
Mengharap keredaan,
Menagih kebahagiaan,
Disinar cahaya iman,
Syawqah,Taman Islam..

Sajak dari Taman Islam....

Saturday, 1 September 2012

IDOLAKU... uhibbuki FILLAH...





Ustazah Fatimah Syarha, 
Nama mu seindah peribadimu, 
Tutur kata mu bisa memalingkan kelekaan seseorang, 
Tatapan mata mu yang jernih dan wajahmu yang bersih, 
Bisa menyejukkan hati2 yang menatapnya.



Persiapkan diri untuk menjadi hamba yang “high class” di mata Allah… 
Kemudia barulah boleh impikan cinta “high class” bersama juga suami yang “high class”








Teman sejati itu ibarat perfumes. Apabila kita berkawan dengannya, bau-bauan tersebut dapat tersebar luas memberi keselesaan kepada diri dan juga orang disekeliling kita.- Fatimah Syarha


Siapa kata tak couple maka tak kenal? Kami dulu tak bercouple tapi kami saling kenal. Kami tidak berjumpa tapi kami mempunyai biodata masing-masing daripada nama, belajar kat mana sampailah ke visi dan misi masing-masing. Memetik kata-kata Imam Hassan Al-Banna: kalau kamu bercouple 20tahun sekalipun, kamu tak akan kenal dia. Yang kamu kenal hanyalah lakonannya.


Kalau perempuan tawarkan cinta kepada anda kerana harta, jangan terkejut kalau isteri anda suatu hari nanti seorang kaki kikis. Kerana sebab benda-benda yang bersifat sementara ini akan lenyap. Tapi kalau kita mengambil cinta itu kerana agamanya, kerana akhlaknya, kerana Allah.. Allah itu tak akan lenyap. dan cinta itu juga tak akan lenyap.



Merisik dengan cara berkawan-kawan dulu dengan si dia? Hmm, itu bukan merisik, tapi berpelesit.- Blog Fatimah Syarha (Sebarkan Bahagia)

Kalau emas permata itu cantik, cantik lagi isteri saya ini- Dr. Farhan Hadi.





Nyata, cinta Allah jualah yang tidak pernah mengecewakan. CintaNya sentiasa membawa kebahagiaan kepada hati, perasaan dan kehidupan. Baru saya sedar bahawa dalam hidup ini saya ada Allah untuk lebih dicintai. Allah sentiasa menanti dengan penuh cinta terhadap hambaNya, Cuma saya yang lalai dan tidak menghargai segala nikmat yang sekian lama ada di depan mata. Dan yakinlah bahawa pintu taubatNya sentiasa terbuka luas untuk dikunjungi.