...Sesekali menangis, percayalah . bukan Allah tidak tahu betapa hancur dan luluhnya hati kita menanggung kecewa dan keperitan, tetapi Dia mahu kita rapat padaNya, lantaran hati-hati sebeginilah yang lebih lunak untuk diujinya ~ Jangan Bersedih,Allah Bersama Kita :') "Dear Allah...Make me strong, please (T__T)"

Friday 21 March 2014

MENGAPA SUKAR MEMAAFKAN?


Setiap diri kita bukannya maksum(terpelihara daripada dosa) bukan?

Allahu Allah...
Sedarilah...bahawa dunia ini tiada apa-apa
Ianya adalah sebuah 'perjalanan' yang kita pilih untuk melalui hari akhirat yang kekal abadi.
Pilihan berada ditangan kita.



Oh...mengapa sukar memaafkan...
Dikala diri kita sedang bergelumang dengan dosa...
Apakah kita mahu dosa kita itu diampunkan Allah?

Siapalah kita jika dibandingkan dengan para nabi dan rasul...
Mereka bersikap suka memaafkan orang lain.
Allah itu Maha Pemaaf. Dia suka memaafkan... Dan Dia suka hambaNya yang memaafkan orang lain.

Percayalah...dengan memaafkan...hati akan menjadi lebih tenang...
Terhindar daripada hasad...buruk sangka
Hati akan menjadi lebih bersih.

AllahuRabbi...Sebenarnya ku sedang menderita merindui seorang insan
Yang ku anggap seperti ibuku sendiri (T__T)
Kerana sebelum ini, dia begitu baik padaku.Katakan saja padanya...apa yang kuperlu untuk dibantu...pasti dia akan membantu sehabis daya termampu.
Tetapi tidak lagi kini

Allah...begitu besarkah kesalahanku padanya?
Allah...Allah...Allah...
Sudah berkali-kali kumemohon kemaafan darinya...namun tiada balasan...
Tiada langsung khabar darinya.
Ku sangat terharu dengan kasih-sayang seorang ibu yang diberikannya dulu...
Kerana ibuku sendiri telah pergi padaMu sejak dari kecil.
Aku pasrah atas kehendakMu.
Namun...insan ini banyak persamaan dengan ibuku...

Ya Allah...Engkau Memahami jerit batinku...
betapa ku sedang merinduinya...

Air mata ini terus mengalir tatkala rindu menyapa...
Airmata kerinduan...airmata penyesalan...
yang tak putus mengharapkan kemaafan dari seorang insan yang amat kucintai...

No comments:

Post a Comment