...Sesekali menangis, percayalah . bukan Allah tidak tahu betapa hancur dan luluhnya hati kita menanggung kecewa dan keperitan, tetapi Dia mahu kita rapat padaNya, lantaran hati-hati sebeginilah yang lebih lunak untuk diujinya ~ Jangan Bersedih,Allah Bersama Kita :') "Dear Allah...Make me strong, please (T__T)"

Monday 8 December 2014

Subhanallah...sangat touching




Syukur pada Allah. Selamat hari lahir wahai isteriku yang kukasihi kerana Allah..

Setiap hari bertambah cinta padamu kerana Allah. Bukan senang seorang wanita menjaga auratnya kerana Allah. Korban dan kesusahanmu dalam berusaha menjaga perintah Allah...

Tanpa disuruh kerana Allah, sanggup dirimu memberi seluruh masa menjaga dan mendidik anak-anak dengan izin Allah. Menjadi guru 24 jam kepada anak-anak.


Di kala wanita hari ini diuji dengan pelbagai cabaran dunia. Sayangku, kau harungi dan korbankan semuanya untuk Islam, kerana Allah. Dan diriku yang tidak beri yang sepatutnya.


Terus terang abang tak mampu untuk terus berjuang ini jika Allah tidak kurniakan isteri sebaikmu. Syukur pada Allah.


Jiwa abang terasa sangat serasi dengan dirimu. Sentiasa memahami perjuangan agama ini.


Ya Allah...setiap kali abang nak keluar di jalan Allah dan bermusafir jauh dan lama. Kau sentiasa menunjukkan wajah manis dan memberi kata-kata semangat walaupun kau menahan air mata. Sembunyikannya dari suamimu kerana Allah..

Kerana setitik air matamu membuatkan abang tak bermaya untuk berdakwah..


Doa dan amalan yang dibuat ketika abang berdakwah...


Terima kasih sudi belajar doa dan pelbagai amalan untuk diajar pada anak-anak.


3 kali sakit yang seluruh hidup abang tidak dapat membalasnya. Melihat saat bersalin ketiga rezeki yang Allah kurniakan. Bermalam menangis melihat korban seorang yang bernama ibu kepada anakku dan isteri tercinta...sakitnya...Allahuakbar.

Maafkan abang tidak buat sebarang kejutan di hari lahir ini..cuma satu doa abang..semoga Allah maafkan abang kerana tidak benar-benar menghargai isteri sebaikmu..

Tiada yang sepertiMu. Wanita yang kucintai selepas ibuku..

Teringat setiap kebaikan sayang pada abang buat selamanya..


Terima kasih sentiasa ingatkan abang untuk keluar di jalan Allah. Ingatkan solat berjemaah dan tahajud. Terima kasih uruskan rumah dan anak-anak.

Terima kasih sudi terima abang yang masa kahwin benar-benar susah. Miskin tiada apa-apa. Tiada kereta. Tiada rumah. Tiada duit. Tak lulus buat loan..

Sanggup dari bulan pertama kahwin terus belajar bersama abang keluar di jalan Allah. Bersama di jalan Allah pada mula-mula kahwin. 

Wanita yang sangat kukagumi sanggup berkorban apa sahaja. Memahami seorang suami. Lemah lembut. Penyayang pada anak-anak..


Tidak pernah memaksa abang untuk buat apa-apa. Memahami kesukaan abang. Tidak pernah sekali pun merungut. 

Abang sayang awak kerana Allah. Semoga dari saat ini Allah sentiasa letakkan kita sehidup dan semati di jalan Allah. Dan bangkitkan kita dan ibubapa, anak-anak dan adik beradik kita serta semua orang dalam syurga Allah. -ebit lew Airis HayFarayyan selamat hari lahir...