...Sesekali menangis, percayalah . bukan Allah tidak tahu betapa hancur dan luluhnya hati kita menanggung kecewa dan keperitan, tetapi Dia mahu kita rapat padaNya, lantaran hati-hati sebeginilah yang lebih lunak untuk diujinya ~ Jangan Bersedih,Allah Bersama Kita :') "Dear Allah...Make me strong, please (T__T)"

Saturday 22 June 2013

Jagakan dia Untukku


-BEGITU KEHENDAKNYA-

Semakin ku usir semakin ia hadir,
Semakin ku lupakan,
semakin ia membelengu fikiran,
Ku sedar kini,
Hatiku milik-Mu Tuhan.
Biarpun jauh kularikan diri..namun,
Ia tetap di tangkai naluri…. .

Aku hanya merancang,
Allah jua yang menentukan
Kupasrah pada ujian,biarpun datang menghujan,
Hikmah seiringan untuk kufikirkan..
Biar segetir mana ujian melanda,
Baik Berjaya atau kecewa,
Baik suka atau terluka,
Kuterima dengan hati terbuka..
Andai memang begitu kehendak-Nya

Kuyakini,
itulah yg terbaik dariNya,
Buatku seorang hamba,
Hanya Dia, yang mengetahui segalanya
-Umar al-Mujahid-


Khas buatmu saudara:-
Bismilahirrahmanirrahimm..


Wahai Allah,
Keramahnya memikat hati,
Senyumannya menambah seri,
Namun, semakin dia kuhampiri
Semakin kaburku sendiri,
Tergugat apa yang kuimani,


Wahai Allah,
Dia amat kusayangi,
Andai Engkau redhai,
Tunjukkanlah aku sekali,
Andai akidahku yang Kau redhai,
Pimpinlah dia untuk turut merasai..
Hakikat perasaan ini.. .

Wahai Allah,
Bukan kelebihan padanya itu ku cari..
Manusia, tiada yang sempurna..
aku mohon padaMu segala kebaikan yang ada padanya,
menyayanginya keranaMu..
Dan sesungguhnya Engkau lebih tahu..

Jadikanlah dia seorang yang penuh dengan nasihat dan teguran,
Kerana itu lebih meyakinkan,
tuntunlah kami bersama dalam mencari redhaMu Tuhan ,
permudahkan segala urusan dunia dan akhirat kami ya Tuhan.. .
terima kasih kerana izinkan aku sggah di hatinya..
sama ada untuk seketika atau selamanya ku redha..
Amin ya Rab..
-pinta ku-

Tuhanku,
Aku ingin menjadi lebih menghibur daripada dihibur
Aku ingin lebih memahami daripada difahami
Aku mahu lebih mencintai daripada dicintai
kerana
dengan memberi aku menerima
dengan memaafkan aku dimaafkan
dengan cinta aku bangkit kembali
dan dengan cinta aku hidup abadi

Sunday 16 June 2013

Bernafas Dalam Kalimah Ilahi...

"MANUSIA YANG BERHATI SUCI ADALAH MANUSIA YANG BANYAK MENANGIS DARIPADA KETAWA. DIDIKLAH HATI DENGAN KEIHKLASAN DAN KESUCIAN AGAR LIKU-LIKU KEHIDUPAN INI MENJADI LEBIH BERMAKNA DAN MENGIKUTI ARUS PERUBAHAN KEDEWASAAN"


Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjiNya pasti" 

Jangan Tinggalkan diriku ya Allah...
Seperti mereka yang meninggalkanku...

Jangan melupakanku Allah...
Seperti mereka yang telah melupakanku...

Jangan berpaling dariku Allah...
Seperti mereka berpaling dariku...

AllahuAkbar...Astaghfirullah....
Sememangnya Engkau Tuhan yang Menguasai segalanya...
Engkau Pemilik Segala Hati...

CintaMu pada setiap hamba tak pernah terhenti walau sedetik.
Begitu Pengasihnya diriMu.

AllahuAkbar...Engkau sebaik-baik tempat bergantung...


Ya Allah Ya TuhanKu…
Pasrahlah dgn takdir-Mu,
sesungghnya apa yg telah engkau takdirkan adalah yg terBAIK buatku,
kerana Engkau Maha mengetahui segala yg terBAIK utk hamba-Mu ini..


Ya Allah…
cukuplah Engkau saja yg menjadi pemeliharaku didunia & diakhirat,
dengarlah rintihan dari Hamba-Mu yg DAIF ini,
jgn engkau biarkan aku sendirian didunia ini mahu pun diakhirat,

jauhkan aku dr hal-hal yg menjurus kearah keMAKSIATAN & keMUNGKARAN,
aku ingin membina kejahteraan hidup kejalan yg Engkau REDHAI…
dan kurniakanlah padaku keturunan yg soleh & solehah…
Aamiiin…

~Kekuatan yang dicari adalah untuk ketenangan hati~

Friday 14 June 2013

Hidup ini adalah sesuatu tentang keberanian



Kuat kah aku?
Kadang terfikir sendiri untuk apa hidup ini,kepada siapa diri ini akan kembali..
Bagaikan meraba dalam gelap,tak tahu apa untuk ku singkap..
Kuatkan aku untuk meneruskan langkah yang entah bila akan berhenti..
Selagi bisa dan mampu melangkah,selagi itu akan ku cuba..
Tapi entah sampai bila..
Bukan ingin menyerah apa lagi untuk rebah..tapi,aku sedang bertahan..

Saat terjaga aku berasa rindu padaMu,
Saat terlena aku berharap pandanganMu
Dimanakah pintu rinduMu
Untuk kujejak lalu bersimpuh sayu,
Bercerita dan berdendang berita
Mengharap bisik kasihMu

Tuhanku,
Bintang-bintang telah menjelma indah
Mata manusia terlena sudah
Ketika semua pintu telah tertutup
Tatkala unggas malam sahut menyahut
Dan inilah aku..inilah aku..
Duduk dihadapanMu mengadu cintaku
Yang selalu terganggu
Mengintai kasihMu di perdu rinduu...

tak sangka juga sebenarnya hati boleh sekuat ini,

setabah mana perasaan yang dirasa saat ini..
cukuplah Allah bagiku..

alhamdulillah syukur pada Allah yg memberi kekuatan,semangat 

yang membolehkan diri ini masih mampu berdiri malah berlari dengan senang hati..andai,anda 
diuji dan masih mampu tersenyum,syukurlah..
Tak semua orang Allah berikan kekuatan yg sama..dan 

sememangnya kerana sayang Allah menguji..


sedar ataupun tidak,jika ingin dibandingkan dengan nikmat yg telah Allah berikan memang takkan dapat dihitung.

#Teruskan langkah dengan berani,hidup ini adalah sesuatu tentang keberanian,dan hanya yang berani akan memperoleh kejayaan sebenar..syurga Allah.

Monday 3 June 2013

KITA JARANG MENANGIS RINDUKAN ALLAH


Airmata ini mengalir lagi..
Lagu nyanyian opick-rapuh, menggegarkan jiwa ..,
Menderaskan air mata…
Aku resah..aku gelisah..
Aku rindukan al-Quran..
Aku rindukan solat malam…
Aku rindukan tangisan memohon keampunan
Aku rindukan kesibukan menuntut ilmu
Aku rindukan waktu merayu rindu dengan Tuhan…

ALLAHUAKBAR...betapa jauhnya diriku dariMu Tuhan...

Allah...Allah...Ya Allah.....

Diriku kini..

Banyaknya kelalaian daripada ketaatan...AllahuRabbi...
Banyaknya tawa daripada tagisan keinsafan...
Banyaknya perbualan kosong daripada nasihat...


Astaghfirullah...betapa manusia itu leka dan hanyut dengan keseronokan yang sementara...
Betapa manusia itu tenggelam dalam keasyikan dunia yang hakikatnya kelalaian..

Pabila ujianmu menjengah...barulah diri ini rasa ingin dekat kembali padaMu...
AllahuRabbi...tak pernah terlintas di benakku untuk mempermainkan diriMu Tuhan...
Cuma aku kalah dengan keasyikan dan godaan syaitan laknatullah...

Bantulah diri ini untuk menjadi semakin kuat...
Aku hanya ada Kamu Ya Allah...Tiada upayaku melainkan dengan pertolonganMu Tuhan...


Renungilah kata-kata Abu Musa al-'Asy'ari ini:

" Wahai manusia, menangislah kalian, jika sekiranya kalian tidak mampu menangis maka paksa-paksakan diri kalian untuk menangis. Sesungguhnya ahli neraka itu menangis mengeluarkan air mata sehingga air mata kering kemudian disambung dengan tangisan air mata darah yang jika sekiranya kalian layarkan sampan-sampan pasti akan hanyut dalam sungai darah dari air mata ahli neraka:.


Justeru....menangislah sahabat..kerana takutkan Allah kerana air mata yang mengalir kerana Allah adalah antara 2 jenis air yang Allah sangat cintai selain dari darah dan peluh kerana jihad fi sabilillah.