...Sesekali menangis, percayalah . bukan Allah tidak tahu betapa hancur dan luluhnya hati kita menanggung kecewa dan keperitan, tetapi Dia mahu kita rapat padaNya, lantaran hati-hati sebeginilah yang lebih lunak untuk diujinya ~ Jangan Bersedih,Allah Bersama Kita :') "Dear Allah...Make me strong, please (T__T)"

Friday 30 December 2011

~PERJALANAN HIDUP~


Hari-hari yang kita lalui......Terkadang ianya penuh dengan kegembiraan......

Kadangkala ianya penuh juga dengan kesengsaraan...
Namun...sibuknya diri kita sehinggakan kita lupa pada kewajipan kita...



Sibuknya diri kita sehinggakan kita lupa pada Pencipta kita...
Sedangkan setiap pekerjaan adalah ibadah jika ianya dilaksanakan dengan penuh ikhlas dan bertanggungjawab...
Kita sentiasa berlumba-lumba untuk mengejar dunia...
Tapi.......kita lupa untuk mengejar akhirat...tempat tinggal kita yang abadi...



Pernahkan walau sesaat kita terfikir.....
"Untuk apa aku hidup di dunia?" "adakah hidupku diredhai Allah?"
"Carilah duniamu seolah-olah engkau akan hidup selama-lamanya dan carilah akhiratmu seolah-olah engkau akan mati besok pagi" -- Hadis Riwayat Ibnu Asahin



Kita memang boleh lakukan apa sahaja yang kita suka...
Tetapi ingatlah bahawa kita akan dibalas dengan apa yang kita lakukan itu...
Di sini..ana ingin berpesan pada diri sendiri dan sahabat-sahabat yang dirahmati Allah...
"Jagalah hati, jagalah akhlak dan setiap pancaindera yang dkurniakan Allah pada kita......"

Wednesday 28 December 2011

WANITA DALAM PERJUANGAN ISLAM, USAH DINAFIKAN!



Memperjuangkan Islam bukanlah suatu perkara mudah kerana terbukti di dalam sejarah bahawa Islam tertegak dengan mengalirnya darah para syuhada serta airmata balu-balu dan anak-anak yang mereka tinggalkan. Perjuangan Islam menuntut bukan setakat masa, tetapi jiwa dan raga, pengorbanan dari segi harta dan kedudukan malah adakalanya menghambat nyawa. 

Firman Allah di dalam surah Al-Hujurat:15 yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman iaitu orang yang yakin dan percaya kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian tidak syak dan ragu-ragu (terhadap ajaran Allah dan Rasul-Nya) dan mereka berjihad dengan harta benda mereka dan jiwa raga mereka kepada jalan Allah, mereka itulah orang yang sebenar-benarnya (pengakuan imannya)” 

Itulah semangat yang ditunjukkan oleh umat-umat Islam terdahulu dan segelintir pejuang-pejuang Islam sekarang tanpa mengira lelaki ataupun perempuan. Malah orang yang mula-mula syahid dalam mempertahankan Islam pada zaman Rasulullah s.a.w adalah seorang wanita, Sumaiyah dari keluarga Yasir.


Jika kita mengkaji sejarah awal Islam, apa yang ditekankan oleh Rasulullah s.a.w ialah penghayatan kepada kalimah tauhid dan pembersihan dari sebarang bentuk syirik. Terbukti insan-insan yang bersih hatinya dari kesyirikan serta jelas ilmu mereka mengenai ketauhidan Allah s.w.t, dapat memperjuang dan mempertahankan Islam walau datang beribu rintangan sekali pun. Insan-insan dari jenis inilah yang perlu ada di kalangan pejuang-pejuang Islam kini, termasuk wanita. Peranan wanita adalah amat penting dan besar sekali dalam perjuangan Islam kerana mereka merupakan pendidik anak-anak yang boleh dibentuk menjadi satu generasi pembela Islam yang amat diperlukan.Sifat fizikal wanita yang lebih lemah daripada kaum lelaki terbukti bukanlah satu alasan untuk tidak terbabit dalam memperjuangkan Islam. Tetapi tanggungjawab menegakkan Islam turut terpikul di bahu mereka, mengikut kemampuan serta batasan yang ditentukan Allah s.w.t. 

Bila memperkatakan wanita dalam perjuangan Islam, maka biasanya kita tidak dapat lari dari peranan yang mereka mainkan dalam membentuk keluarga muslim. Dari unit keluargalah tanggungjawab mereka bermula. Mendidik anak-anak memahami erti Islam sebenar, menyemai benih iman sejak kecil, mencorakkan akhlak mulia, selanjutnya menanamkan semangat memperjuangkan dan mempertahankan Islam dalam diri mereka.

Tugas ini tidak sepatutnya dilihat sebagai tugas umum wanita, iaitu mendidik anak-anak serta menguruskan rumahtangga. Tetapi wajar dititik beratkan sebagai tanggungjawab muslimah dan sumbangan atau jihad mereka dalam Islam. Bila tugas-tugas ini dikaitkan dengan jihad Islam, maka sewajarnya ia dijalankan dengan penuh kerelaan dan dipikul sebaik-baiknya.

Urusan mewujudkan rumahtangga muslim dan mendidik generasi Islam yang beriman, berakhlak mulia serta bersemangat jihad merupakan tugas utama wanita. Bagaimanapun tidak bermakna mereka tidak boleh memperjuangkan Islam dengan cara lain bila keadaan memerlukan.

Pada zaman Rasulullah s.a.w para muslimat bukan hanya berfungsi sebagai penghias rumah atau melahirkan zuriat semata-mata. Tetapi mereka berperanan membantu kaum lelaki dalam jihad menegakkan Islam, meniup semangat kepada mereka dengan meredhai perjuangan suami malah bila diperlukan mereka bersama-sama kaum lelaki dalam pertempuran.


Begitulah semangat perjuangan yang mereka tunjukkan, mereka pertahankan agama Allah dengan nyawa dan bukan sekadar seorang suami, bapa, anak-anak atau saudara sedarah sedaging. Sekiranya sekarang kita dapat mewujudkan muslimah-muslimah sebegini, Insya-Allah satu generasi pejuang Islam yang tidak gentar menghadapi musuh dapat dibentuk.

Peranan wanita dalam memperjuangkan Islam tidak sepatutnya hanya tertumpu kepada soal rumahtangga semata-mata. Apakah peranan yang sepatutnya dimainkan oleh mereka yang masih belum bersuami, tidak mempunyai anak atau anak-anaknya sudah dewasa dan tidak memerlukan banyak penjagaan lagi?

Tenaga mereka amat diperlukan dalam perjuangan Islam. Mereka boleh bergiat dalam masyarakat, menjalankan dakwah; memberi kesedaran dan ilmu Islam kepada masyarakat sejenisnya yang masih belum mengenali Islam. Perkara ini amat perlu ditekankan kerana terdapat kecenderungan di kalangan ahli jamaah yang meluangkan waktu untuk mempengaruhi ahli jamaah Islam lain untuk menyertai jamaahnya. Tindakan seumpama ini tidak langsung menguntungkan Islam, kerana dakwah Islam perlu sampai kepada semua peringkat masyarakat, terutama mereka yang masih belum memahami apakah Islam sebenar.

Wanita perlu didedahkan dengan masalah sebenar masyarakat Islam dalam menghadapi musuh. Mereka perlu menyedari bahawa wanita mempunyai kuasa dan tenaga tersendiri untuk memperjuangkan dan melaksanakan Islam dalam berbagai bidang, termasuk dalam menegakkan Daulah Islamiyyah.

Friday 23 December 2011

TINGGALKAN DIA KERANA ALLAH




Jadilah dirimu kumbang yang hebat,
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar,
Untuk itu, Aku tinggalkan dirimu pada-Nya
Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu,
Tidak ada suatu binatang melata melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya,


Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.
Usah bersedih atas perpisahan sementara ini, 
Jika benar aku tercipta untukmu, 
Tiada apa yang dapat menghalangnya, 
Sebelum saat itu tiba, 
Berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan, 
Mohonlah padanya dengan penuh mengharap. 

Yakinlah pada janji Allah! 

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga) [Surah An Nur: 26] 

Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu, 
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata, 

Yakinlah! 


Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti. 
Dan sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu, 
Daripada yang sekarang (permulaan), 
Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu , 
Lalu (hati) kamu menjadi puas. 

[Surah Ad dhuha: 4 & 5] 

Beruntunglah kamu! 
Tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita

Allah memilihmu! 
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini. 
Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya 
Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu 
Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya 

[Surah As Syams: 8-10] 


Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: 
"Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, 
Maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: 
"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; 
dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu 

[Surah Fussilat: 30] 

Dan tika kamu merasa lemah, 
Mohonlah kekuatan dari-Nya, 
Allah itu dekat, 

Yakin pasti. 
Kamu dan aku adalah intan terpilih, 
Berdoalah aku kuat dan tabah untuk menjaga kilauanku, 
Berdoalah tiada sang kumbang durjana merosakkannya sebelum yang halal tiba, 
Aku juga sentiasa mendoakanmu agar dalam peliharanya, 

Sentiasa.

Thursday 1 December 2011

MY HEART IS JUST FOR YOU.....


Orang yang asyik cinta kepada ALLAH ialah orang yang membebaskan dirinya dari segala nafsu yang berada di dalam dirinya sehingga menatijahkan dia sering menyibukkan dirinya berzikir hanya kepada Allah S.W.T. Dia sentiasa melaksanakan segala tugas-tugas yang Allah suruhkan kepadanya dan melihat kebesaran Allah menggunakan mata hatinya. Nur Allah dan kebesaranNya menguasai dan menghiasi seluruh jiwanya sehingga kosong hatinya dari apa sahaja melainkan Allah. Sesungguhnya, dia telah minum air cinta yang jernih daripadaNya. Tersingkaplah segala Hijab sehingga jelas baginya. Maka jika ia bercakap, dia tidak bercakap melainkan bersama Allah. Dari mulutnya tidak keluar satu pun perkataan melainkan Allah. Demikian jua jika ia bergerak, maka gerak itu atas perintah Allah dan jika ia mendiamkan diri, dia turut bersama Allah.
SUBHANALLAH...

Moga Allah menthabatkan hati pada jalanNya, menguatkan hati dikala lemah, menyuburkan dengan makrifatNya di kala gundah, menghiburkan jiwa ini dengan pengawasanNya pada waktu berteman atau dikala sendiri…



Ajarkanlah diri ini untuk bertadabbur dengan kalamNya yang mulia.. “……..Dan Allah berfirman “ Aku Bersamamu” sungguh, jika kamu melaksanakan solat dan menunaikan zakat serta beriman kepada rasul – rasul Ku dan kamu membantu mereka dan kamu meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik. Pasti akan Aku hapuskan kesalahanmu dan pasti akan Aku masukkan ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai – sungai………. ( Al Ma’idah : 12 )

Bergegar sudah asaku..
Dalam sedu – sedan tangis dan sendu,
Lemah longlai seurat sarafku,
Apakah keringat ini hanya kan mengalir sebu ?
Sia – sia, tak berguna disilih waktu..

Lalu,
Dimana aku dalam pandangan Tuhanku ?
Kupejam mata..
Kubentangkan seluruhnya pasrah
Kuhamparkan segalanya rasa lemah..
Akulah Si dhaif tiada daya, tiada upaya,
Pada siapa kan ku mengadu…

Tuhan ..
Pandangilah hamba..
Jangan biarkan ku Tuhan
Walau Seminit,
sesaat,
mahupun sedetik
atau lebih singkat dari itu..
Sebatang kara tanpa kasihMu
Dalam dunia fana’
Yang haru biru
Penuh Celaru!

Tuhan..
Jangan tinggalkan daku
Kerna jiwa ini tak mampu,
Berpisah dariMu...

Izinkan aku mengintai..
Disebalik hijab cinta MU ...
kerna aku selayaknya hamba ,
yang hina pada segalanya..

Aku berserah,
menghamparkan seluruhnya itqan , taat & sabarku....
Dalam upaya,
mengetuk kamar kasih MU